CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 425|Reply: 0

Benar atau palsu?

[Copy link]
Post time 7-3-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Benar atau palsu?Oleh Hussain [email protected]/03/07\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKien Keat, Boon Heong berdepan ujian sebenar\rSAMA ada kebangkitan dipamerkan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong benar atau palsu akan terjawab apabila pasangan emas itu memulakan cabaran di Seluruh England di Birmingham, hari ini.\r\n\n\n\n\r  Selepas bangkit mempamerkan aksi meyakinkan ketika membantu skuad negara melepasi halangan berduri pada pusingan kelayakan Piala Thomas di Macau bulan lalu, penampilan mereka dalam kejohanan berprestij itu pasti menjadi tumpuan ramai yang mahu melihat sejauh mana kebangkitan mereka itu.\r\r\n\n\n\n\n  Jadi, mahu tidak mahu Kien Keat-Boon Heong harus menjadikan kejohanan bernilai AS$350,000 (RM1.05 juta) itu untuk terus mempamerkan peningkatan bagi meraih semula kepercayaan peminat yang masih meragui kemampuan mereka sekali gus membuktikan berada di landasan tepat menyinar di Sukan Olimpik, Julai depan.\r“Walaupun mereka mempamerkan aksi cemerlang di Macau tetapi saya tidak mahu meletakkan sasaran di sini (Seluruh England). Saya mahu mereka menikmati permainan dan cuba melakukan kejutan dengan menewaskan pasangan yang berada di ranking atas mereka,” kata ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her. \rDi Macau, pasangan itu yang dibimbing tiga jurulatih Kim Her, Pang Cheh Chang dan Yoo Yong Sung dari Korea serta dibantu pegawai kecergasan dari Institut Sukan Negara (ISN), Roesdi Ghani mempamerkan peningkatan termasuk menamatkan badi ke atas pasangan Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong yang tidak pernah ditewaskan dalam enam pertemuan sebelum ini.\rDi sebalik peningkatan prestasi yang dipamerkan Kien Keat-Boon Heong, peminat bagaimanapun masih enggan terpesona dan melayangkan pujian kerana mengerti bukan sekali mereka ‘tertipu’ dengan ‘lakonan’ prestasi pasangan emas itu sebelum ini.\r\n\n\n\rPasangan itu yang pernah menjuarai Seluruh England pada 2007 dan mara ke final tahun lalu sebelum tewas kepada pasangan Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen akan memulakan cabaran menentang pasangan kedua Jepun, Naoki Kawamae-Shoji Sato.\rKien Keat-Boon Heong pernah menewaskan mereka dua kali tetapi dalam pertembungan terakhir di Terbuka Indonesia tahun lalu, pasangan negara terpaksa bergelut sebelum menewaskan lawan 20-22, 21-19, 21-18.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.550188 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list