View: 364|Reply: 0
|
Lions XII lonjak tangga kedua liga
[Copy link]
|
|
LIONS XII melonjak ke tangga kedua memintas Terengganu selepas berjaya menewaskan Felda United 3-1 dalam satu-satunya aksi saingan Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi.\rKemenangan kelima berturut-turut meletakkan skuad bimbingan V Sundramoorthy berjaya merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga, Kelantan dan menyamai pungutan mata dengan Terengganu yang turut mengumpul 17 mata namun kelebihan memihak Lions XII untuk berada di tangga kedua buat pertama kali. \r\n\n\n\n\r Kekalutan yang berlaku di dalam kotak penalti Felda United membuahkan hasil buat Lions XII mencipta jaringan pada minit keenam selepas Harris Harun yang berada di depan pintu gol menyepak bola mudah hasil bola tandukan Baihakki Khaizan.\r\r\n\n\n\n\n Selepas bertali arus mengasak ke kubu Lions XII, gol penyamaan yang dicari Felda United menjelma pada minit ke-19 apabila bola sepakan percuma Mohd Raimi Nor dari jarak 20 meter tepat menerjah jaring menewaskan Hyrulnizam Juma’at.\rBersambung babak kedua, Sundramoorthy melakukan rombakan kecil dengan mengeluarkan Baihakki dan memasukkan Agu Casmir bagi menguatkan barisan serangan Lions XII dalam usaha mencari kemenangan di laman sendiri.\rSingapura mendahului 2-1 pada minit ke-50 selepas bola rembatan Shahdan Sulaiman dari luar kotak penalti ditampan Sufian Anuar menyebabkan Mohd Hamsani terkeliru dan gagal menyelamat bola menerjah jaring.\rTindakan pemain gantian Mohd Lot Hassan menjatuhkan Sufian dalam kotak penalti pada minit ke-66 membawa padah selepas pengadil, Mohd Nafeez Abdul Wahab tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti dan kapten Shahril Ishak berjaya menyepak bola masuk.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|