View: 140|Reply: 0
|
Sambung kerja suami edar dadah
[Copy link]
|
|
Wanita tiga anak ditahan di rumah sewa bersama heroin, pil kuda\rMARANG: Seorang wanita sanggup mengambil risiko untuk menanggung kehidupan sehariannya dengan menyambung legasi pengedaran dadah suaminya yang kini meringkuk tiga tahun dalam penjara.\r\n\n\n\n\r Bagaimanapun, jalan pintas diambil ibu tiga anak berusia 44 tahun ini terbongkar selepas ditahan di rumah sewanya di Taman Sri Binjai, Bukit Payung, di sini, dalam satu operasi bersepadu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu di sekitar Marang, pada jam 3.30 pagi Rabu lalu.\r\r\n\n\n\n\n Dalam serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, suspek yang tidak bekerja dan dipercayai aktif mengedar dadah di sekitar daerah ini, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu, ditahan bersama tiga anaknya yang berusia 10, 15, dan 17 tahun. \rKetua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid, berkata pemeriksaan polis dalam rumah suspek menemui enam botol serbuk putih dipercayai heroin dan 30 biji pil kuda disorokkan dalam beg tangan miliknya.\r“Pemeriksaan lanjut turut menemui wang tunai RM2,000 dipercayai hasil jualan dadah. Kita menyita wang itu serta sebuah kereta Proton Wira digunakan suspek untuk melancarkan kegiatannya mengedar dadah. \r“Kita turut menahan suspek bersama tiga anak lelakinya tetapi siasatan awal mendapati, tiga anak suspek tidak terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah itu dan seorang daripada mereka iaitu berusia 17 tahun tidak bersekolah,” katanya ketika dihubungi semalam.\r\n\n\n\rRoslan berkata, siasatan turut mendapati suspek dari Kuala Berang mengaku meneruskan kegiatan pengedaran dadah sejak lebih dua tahun lalu, selepas suaminya dipenjara atas kesalahan mengedar dadah pada April 2009.\rSementara itu, Mahkamah Majistret di sini semalam memerintahkan tahanan reman suspek yang tamat semalam disambung sehingga 13 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.\rMajistret Noradila Ab Latif mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap suspek bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|