CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 296|Reply: 0

Papar keunikan budaya serantau

[Copy link]
Post time 6-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Malaysia diberi penghormatan jadi tuan rumah pertama Muzikal Ekstravaganza ASEAN\rKONSERT Muzikal Ekstravaganza Asean (MEA) sempena Persidangan Menteri-Menteri Penerangan Asean menjadi landasan terbaik buat 10 negara anggotanya memperlihat keunikan seni budaya masing-masing.\r\n\n\n\n\r  Malam persembahan MEA, satu daripada acara pengisian sempena persidangan itu, berjaya memaparkan keistimewaan seni setiap negara, sesuai matlamat penganjuran bagi meningkatkan pemahaman dan penghayatan terhadap budaya serantau.\r\r\n\n\n\n\n  Meskipun persidangan sudah memasuki tahun ke-11, namun konsert MEA pada 29 Februari dan 1 Mac lalu adalah yang pertama diadakan, dengan Malaysia dipilih sebagai tuan rumah sulung.\rPanggung Sari, Istana Budaya (IB) pula menjadi saksi kehebatan penyanyi, pemuzik dan penari negara kita yang tampil yakin mengadakan persembahan pada kedua-dua malam terbabit.\rLebih bermakna apabila konsert malam kedua turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.\rMalam itu, sorakan luar biasa diberikan kepada pemuzik Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) di bawah pimpinan Mohd Yazid Zakaria, yang diberi penghormatan memulakan acara. Malaysia ialah negara ketiga di dunia yang memiliki orkestra tradisional.\r\n\n\n\rSelain Malaysia, negara lain yang turut mengambil bahagian dalam konsert ini ialah Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.\rMewakili Brunei, kumpulan Senandung Darussalam dengan 12 pemuzik memulakan persembahan berjudul Samrah Dance And Kompang. Sebagai negara serumpun, persembahan dari negara yang kaya dengan hasil minyak itu tidak jauh bezanya dengan seni negara ini.\rBagi Kemboja, tujuh pemuzik dan dua penyanyi yang menggelarkan diri mereka King Music Band memilih lagu lama, Dancing At Angkor (Ramvong Angkor) dan Phnom Penh bagi persembahan mereka. Menariknya lagu itu menceritakan mengenai sejarah Kemboja yang liriknya ditulis raja mereka sendiri.\rSudah tentu tepukan lebih gemuruh apabila tiba persembahan peserta tuan rumah. Suki, yang tampil anggun dengan kebaya, memilih lagu Cai Zhuang diiringi tarian kipas 20 penari IB.\rNegara Indonesia tidak kurang hebat apabila mempertaruhkan kumpulan tarian Krida Budaya. Bersama 10 penari dan empat pemuzik, persembahan mereka begitu bertenaga menerusi lagu Sabalah.\rPersembahan satu jam 30 minit tanpa henti itu diteruskan oleh kumpulan Lao Pop Stars daripada Laos. Tidak begitu menunjukkan keunikan pada persembahan mereka, malah dua lagu, Ban Mea Hao dan Ban Kird Hao, lebih kepada persembahan moden. \rKemudian seorang lagi wakil Malaysia, MK, muncul dengan lagunya, Ravanan Veera. MK turut diiringi penari IB yang mengenakan kostum masyarakat India. \rWakil Myanmar pula tampil berbeza apabila memilih lagu komedi U Shwe Yoe and Daw Moe Dance. Kumpulan ini mempersembahkan sketsa menerusi nyanyian mereka, yang membuatkan penonton tidak kering gusi.\rNyanyian raja pop negara, Jamal Abdillah, antara persembahan sangat ditunggu-tunggu penonton. Menerusi lagu Samrah Mentari, Jamal memang memukau sambil diiringi pemuzik OTM dan penari IB.\rSelain itu, persembahan Singapura, Thailand dan Vietnam juga tidak mengecewakan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.339634 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list