CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 267|Reply: 0

LTDL: Guardini ungguli peringkat sembilan

[Copy link]
Post time 4-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Catat kejayaan kesepuluh, Serpa gah terus  sarung jersi kuningMENCIPTA sejarah sebagai pelumba terbanyak memenangi peringkat perlumbaan di Le Tour de Langkawi (LTDL), Andrea Guardini tidak akan puas selagi tidak menutup saingan edisi ke-17 hari ini dengan kejayaan penamat.\n\n\n\n   Raja pecut pasukan Farnese Vini-Selle Italia itu yang memenangi lima peringkat pada tahun lalu menggenapkan kejayaan ke-10nya dalam perlumbaan peringkat sembilan dari Kemasik ke Kuala Terengganu sejauh 165.7 kilometer dengan catatan 3 jam 27 minit 6 saat.\n\n\n\n\n   \"Kejayaan ke-10 di LTdL ini adalah yang teristimewa buat saya dengan tahun lalu saya berjaya menang lima peringkat semasa saya baru memulakan karier sebagai pelumba profesional.\"Kemenangan di LTdL tahun ini pula adalah kemenangan pertama saya bagi musim ini biarpun sebelum datang ke sini, saya ada menyertai beberapa perlumbaan lain,\" kata pelumba Itali berusia 23 tahun itu.Biarpun gembira dengan kejayaan ke-10 itu, Guardini berkata dia kekal fokus untuk memenangi peringkat perlumbaan hari ini sejauh 114.8 kilometer dari Tasik Kenyir ke Kuala Terengganu dan mahu mengekalkan jersi raja pecut.\"Tadi, saya perlu berjuang hingga ke penamat untuk mendapatkan kembali jersi biru daripada pelumba Astana, Valentin Iglinskiy yang menyarung jersi itu pada dua peringkat sebelum ini. Saya akan berusaha untuk terus menang esok (hari ini),\" katanya yang sebelum ini menyarung jersi raja pecut dari peringkat dua hingga enam.\n\n\nSementara itu, pelumba Androni Giocattoli, Jose Serpa masih menyarung jersi kuning apabila merakamkan 30 jam 18 minit 43 saat dan dijangka akan dinobatkan sebagai pelumba terbaik keseluruhan apabila perlumbaan peringkat akhir hari ini dijangka tamat dalam kelompok besar. KEPUTUSANPeringkat 9 (Kemasik-Kuala Terengganu (165.7km) 1 Andrea Guardini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia 3 jam 27 minit 6 saat 2 Matteo Pelucchi (ITA) Europcar 3:27.06s 3 Raymond Kreder (NED) Garmin Barracuda 3:27.06s 4 Jacobe Keough (AS) United Healthcare 3:27.06s 5 Sonny        Colbrelli (ITA) Colnago CSF Inox 3:27.06s 6 Valentin Iglinskiy (KAZ) Astana Pro Team 3:27.06s 7 Jani Tewelde (ERI) MTN Qhubeka 3:27.06s 8 Mohd Zamri Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team 3:27.06s 9 Thomas Bertolini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia 3:27.06s 10 Mohd Harrif Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team 3:27.06sIndividu keseluruhan 1 Jose Serpa (Androni Giocattoli) 30 jam 18 minit 43 saat 2 Jose Rujano (Androni Giocattoli) +30s 3 Victor Nino Corridor (Azad University) +56sRaja Pecut 1 Andrea Guardini (Farnese) 79 mata 2 Valentin Iglinskiy (Astana) 68 3 Jacobe Keough (United Healthcare) 65Raja Bukit 1 Jose Serpa (Androni Giocattoli) 27 mata 2 Matteo Rabottini (Farnese) 24 3 Jose Rujano (Androni Giocattoli) 24Pelumba terbaik Asia 1 Alexandre Dyachenko (Astana) 30 jam 21 minit 3 saat 2 Ghader Mizbani (Tabriz) +2:03s 3 Andrey Zeits (Astana) +2:08sPasukan terbaik1 Androni Giocattoli 91 jam 10 saat 2 Astana Pro Team +12:06s 3 MTN Qhubeka +13:36s ...16 MALAYSIA +43:03s

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.318043 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list