|
Mereka boleh beraksi Kelayakan Piala Asia B-22 2013: Kim Swee\rKEMENANGAN selesa 3-0 ke atas Tanjong Pagar United dalam saingan Liga Singapura, kelmarin harus memberi tonik baru kepada skuad Harimau Muda untuk bertembung Syria dalam aksi terakhir Kelayakan Olimpik bertemu Syria di Amman, Jordan, 14 Mac ini.\r\n\n\n\n\r Jurulatih, Ong Kim Swee memanggil 24 pelatih ke latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Rabu ini dengan 17 daripada 18 pemain Harimau Muda A yang dibawa ke Stadium Yishun berada dalam senarai kecuali Wan Zack Haikal Wan Nor yang masih digantung satu perlawanan.\r\r\n\n\n\n\n Baki tujuh pemain luar ialah Khairul Fahmi Che Mat, Zubir Azmi, Ahmad Shakir Md Ali, Ahmad Fakri Saarani dan Azrif Nasrulhaq Badrul serta dua muka baru – Rozaimi Abd Rahman (Sabah) dan Ashri Chu Chu (Sarawak) yang menggantikan Muslim Ahmad dan K Gurusamy.\r“Situasi ini pernah berlaku tahun lalu apabila kami beraksi dalam Liga Super dan Kelayakan Olimpik. Tapi pemain masih mampu beri komitmen tinggi dan tahap kecergasan baik biarpun terpaksa mengharungi dua kejohanan berbeza dalam masa sama.\r“Saya panggil Rozaimi dan Ashri kerana mereka masih layak beraksi untuk Kelayakan Piala Asia B-22 2013, Jun depan. Jadi aksi bertemu Syria inilah untuk saya dedahkan mereka seperti mana pemain lain yang diberi peluang beraksi di Liga-S,” kata Kim Swee ketika ditemui selepas perlawanan, malam kelmarin.\rPada aksi sulung di ‘laman sendiri’ itu, Harimau Muda A ternyata begitu hebat ditandingi Tanjong Pagar United yang dibarisi empat pemain import dengan tiga gol terhasil menerusi Syahrul Azwari Ibrahim, Gary Steven Robbat dan penalti A Thamil Arasu.\r\n\n\n\r“Selepas bertemu Syria, tiga aksi seterusnya Liga-S dalam tempoh lapan hari cukup penting kerana kami akan bertemu pendahulu liga, Albirex Niigata (18 Mac), Brunei DPMM (22 Mac) dan Young Lions (25 Mac). Masih terlalu awal untuk fikir kejuaraan. Lebih baik fokus dari perlawanan ke perlawanan,” jelas Kim Swee.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|