CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

ASEAN digesa tingkat jaringan sosial

[Copy link]
Post time 2-3-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: ASEAN perlu menyediakan pelbagai platform menggabungkan media arus perdana media dan sosial supaya lebih 600 juta penduduk  mendapat maklumat yang berterusan, seterusnya mewujudkan semangat saling menyokong dan membantu di kalangan negara anggota.\rTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata perkara itu perlu diberi keutamaan supaya rakyat tidak tercari-cari mengenai perkembangan penting yang berlaku di rantau ini, selain membolehkan ASEAN terus bekerja mencapai misi dan matlamat penubuhannya.\r\n\n\n\n\r  Beliau berkata, selain media tradisional, media sosial kini menjadi aspek yang penting dalam komuniti global dan ini terbukti melalui Revolusi Arab yang tercetus di Asia Barat, baru-baru ini.\r\r\n\n\n\n\n  “Justeru, dengan mengambil iktibar daripada perkembangan ini, kita mesti menghubungkan rakyat  melalui media sosial yang mampu menjadi medium terbaik untuk kita sampai kepada rakyat dan memahami aspirasi serta kemahuan mereka,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Menteri-Menteri ASEAN bertanggungjawab bagi Maklumat (AMRI) Ke-11 di sini, semalam. Turut hadir, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.\rBeliau berkata, untuk merealisasikan wawasan Komuniti ASEAN, negara anggota pertubuhan itu perlu meningkatkan kefahaman serta penghayatan anggotanya terhadap sistem politik, budaya dan sejarah ASEAN.\rMuhyiddin juga mahu lebih banyak pertubuhan ASEAN melaksanakan pelbagai projek dan aktiviti melalui persidangan akademik, bengkel dan seminar, selain menggalakkan lebih banyak penerbitan berkala mengenai perkembangan politik, kebudayaan dan sejarah negara anggota untuk pengetahuan umum.\r“Saya juga percaya, kita harus bekerja keras untuk membentuk identiti ASEAN yang mewakili personaliti, norma, nilai dan kepercayaan kita secara kolektif.\r\n\n\n\r“Justeru, kita mesti memperhebatkan usaha kita memupuk rasa kekitaan, bersatu dalam kepelbagaian dan meningkatkan persefahaman mengenai budaya, sejarah, agama dan tamadun di kalangan negara anggota,” katanya.\rBeliau berkata, dengan kepelbagaian budaya yang menjadi kelebihan ASEAN, rakyat harus digalakkan untuk lebih kreatif dan inovatif bagi merangsang aktiviti ekonomi dan mewujudkan persaingan sihat di rantau ini.\rPersidangan tiga hari itu  bertemakan ‘Media: Mengakrabkan Hubungan dan Menjalin Budaya Ke Arah Komuniti Satu ASEAN’. Komuniti Asean mempunyai tiga tonggak iaitu  Komuniti Politik-Keselamatan, Komuniti Ekonomi ASEAN dan Komuniti Sosiobudaya ASEAN.\rSetiap tonggak mempunyai rangka tindakan tersendiri dan Inisiatif bagi Rangka Kerja Strategik ke arah Integrasi ASEAN (IAI) dan Pelan Kerja IAI Fasa 11(2009-2015) yang membentuk hala tuju Komuniti ASEAN.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 2.474905 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list