CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

Harimau Malaya yakin sekat amukan Filipina

[Copy link]
Post time 29-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SKUAD kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal yang berkedudukan ke-150 dunia berdepan cabaran getir apabila Filipina, pasukan di ranking ke-156 tampak mengambil pendekatan cukup serius untuk aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Memorial Rizal, Manila, jam 7 malam ini.Filipina dibimbing Michael Weiss kini dalam persiapan terakhir menjelang Piala Cabaran AFC 2012 di Nepal bermula 9 Mac ini dan sudah mengadakan tiga aksi persahabatan dengan Uzbekistan B-23 (kalah 0-3), Al Ahli (menang 3-1) dan Australia B-23 (kalah 0-1) sepanjang bulan ini.\n\n\n\n  Ketika sidang media tadi (semalam), jurulatih Filipina anggap perlawanan ini penting dan mahu pemainnya beraksi habis-habisan untuk menang kerana reputasi kita sebagai juara bertahan Piala Suzuki AFF. Berdasarkan persiapan pasukan, tampak mereka lebih bersedia.\n\n\n\n\n Mereka akan turunkan beberapa pemain yang beraksi di luar dan boleh dikatakan sebuah skuad lengkap berbanding kita yang hadir ke sini tanpa lima pemain - Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Radzak, Mahali Jasuli, K Gurusamy dan Faizal Muhamad yang cedera. Saya jangka ia perlawanan sengit, kata Rajagobal ketika dihubungi di Manila, petang semalam.Dalam tempoh 24 jam ini dia juga akan memantau keadaan Safee Sali (kiri). Jika dia boleh beraksi, saya akan fikirkan gandingan mana lebih sesuai - Zaquan Adha Radzak, Abdul Manaf Mamat atau Ahmad Shakir Md Ali, jelas Rajagobal.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.058372 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list