CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 158|Reply: 0

Dana politik ke akaun rasmi

[Copy link]
Post time 28-2-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Elak ahli parti seleweng sumbanganPUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, semua sumbangan dana politik mesti disalurkan melalui akaun rasmi parti bagi mengelak ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk meminta   sumbangan dan kemudian diseleweng untuk kepentingan sendiri.\rPerdana Menteri berkata, inisiatif baru yang diperkenalkan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) itu juga bertujuan menangani isu berkaitan dana politik supaya ia lebih tepat, telus dan jelas, sekali gus meningkatkan ketelusan serta keyakinan rakyat terhadap parti politik di negara ini .\r\n\n\n\n\r    Katanya, sumbangan dana itu juga akan melalui rekod penerimaan yang teratur dengan resit penerimaan wang dan boleh diaudit pada akhir tahun kewangan.\r\r\n\n\n\n\n     Kerajaan percaya inisiatif ini akan mengelakkan   perbuatan rasuah dan penyelewengan pada peringkat akar umbi dan manfaat sumbangan dapat disampaikan kepada segenap peringkat parti dan seterusnya rakyat, katanya pada majlis perasmian dan penyampaian sijil Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini semalam.\rPandangan berkaitan pengawalan  dana politik itu dikemukakan  Jawatankuasa Mencegah Rasuah dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM sebelum ini.\rNajib  berkata, jenayah rasuah tidak ada kaitan dengan fahaman politik, kepartian, status, kedudukan atau bangsa.\r\"Ia adalah  kesalahan yang amat serius, melanggar undang-undang negara dan hukum agama. Sesiapa yang terbabit rasuah dan terbukti bersalah, wajar menerima hukuman, katanya.\r\n\n\n\rBagaimanapun, katanya, menuduh seseorang melakukan rasuah tanpa  asas dan bertujuan membunuh karakter tanpa  bukti adalah  kesalahan  besar.\rJanganlah kita menggunakan rasuah untuk menjatuhkan seseorang. Jika rasuah dipolitikkan, tindakan SPRM dipolitikkan  akan membawa natijah yang amat besar dan buruk, katanya.\rPada majlis itu, Najib menyampaikan CeIO kepada 24 penerima terdiri daripada pegawai kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.\rNajib  berkata, bagi memastikan  undang-undang di Malaysia telus dan mengambil kira pandangan setiap pihak sebelum dikuatkuasakan, kerajaan bercadang memaparkan  draf rang undang-undang dalam laman web bagi mendapatkan pandangan umum dan pihak yang berkaitan bagi tempoh yang ditetapkan sebelum dimuktamadkan.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.141564 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list