|
LONDON: Kapten Liverpool, Steven Gerrard mencabar rakan sepasukan untuk menggunakan kemenangan dramatik dalam final Piala Liga ke atas Cardiff sebagai batu loncatan untuk melakar semula sejarah gemilang kelab berkenaan.\rKami tidak mahu setakat ini saja... kami mahu banyak lagi, kata pemain England itu.\r\n\n\n\n\r Gerrard menjulang trofi perak itu untuk Liverpool buat pertama kali sejak enam tahun di Stadium Wembley, kelmarin selepas The Reds mengawal permainan untuk menang 3-2 menerusi sepakan penalti selepas kedudukan terikat 2-2 selepas masa tambahan.\r\r\n\n\n\n\n Secara keseluruhan ia bukan satu persembahan baik daripada anak didik Kenny Dalglish yang gagal menampilkan perwatakan sebenar selepas mendahului menerusi jaringan Martin Skrtel dan Dirk Kuyt.\rSepakan penalti juga mencetus saat cemas apabila Gerrard dan Charlie Adam gagal menemui sasaran tetapi Cardiff juga bergelagat sama apabila Anthony Gerrard menyepak keluar penalti terakhir untuk mencipta sorakan gemuruh 30,000 penyokong Liverpool.\rCraig Bellamy yang juga menyerlah dalam perlawanan mengerti misi utama kelab adalah untuk layak ke Liga Juara-Juara dan dia percaya sasaran itu masih dalam jangkauan mereka.\rLiverpool berhak berada dalam kejohanan elit seperti ini tapi kami harus membuktikan kemampuan itu setiap minggu. Harap kami dapat mencapainya, kata pemain Wales itu.\r\n\n\n\rSaya bersimpati dengan Cardiff tapi gembira Liverpool berjaya. Setiap peminat akan mengenang ini satu lagi trofi dalam sejarah Liverpool, kata bekas pemain Cardiff itu yang bersalaman dengan setiap pemain lawan selepas penentuan penalti. AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|