CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139|Reply: 0

Mangsa along melecur lari minta tolong

[Copy link]
Post time 28-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
HULU SELANGOR:  Seorang pemuda yang melecur hampir 80 peratus di seluruh badannya masih mampu berlari 400 meter meminta pertolongan dan sempat menceritakan kejadian dibakar tiga lelaki dikenali menggunakan minyak petrol kepada seorang penduduk Sungai Tengi, Bukit Tagar, di sini, awal pagi kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa, Mohamad Syahirudin Muhammad Shauki, 20, yang berlari ke rumah seorang penduduk hanya memakai seluar dalam sambil merintih lapar dan kehausan sebelum diberikan minuman soya dan roti bakar.\n\n\n\n Mangsa yang berasal dari Kota Damansara itu dipercayai dibawa menaiki sebuah kereta oleh tiga lelaki yang dikenalinya ke sebuah ladang kelapa sawit sebelum bertindak membakar mangsa dipercayai ada kaitan dengan pinjaman along.\n\n\n\n\n Penduduk, R Selvakodi, 50, berkata ketika kejadian, beliau sekeluarga sedang nyenyak tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi bising salakan anjing selain suara lelaki yang sayup kedengaran meminta tolong.Katanya, sebaik membuka pintu, beliau sekeluarga terkejut melihat seorang lelaki yang cedera teruk dan melecur keseluruhan badan dalam keadaan menggeletar itu meminta bantuan supaya menyelamatkannya.Mangsa sempat cakap dia bukan pencuri, dia dibakar tiga lelaki di ladang kelapa sawit tidak jauh dari rumah itu menggunakan minyak petrol. Malah, lelaki itu juga memberitahu sempat terjun ke dalam longkang untuk memadam api di badannya sebelum berlari ke rumah kami.Keadaan mangsa agak menyedihkan, kami menyuruh dia masuk dan membalut badannya dengan selimut. Dia juga beritahu dia dahaga serta lapar sebelum menghabiskan tiga tin air soya, dua botol mineral dan roti bakar. \n\n\nCucu saya terpaksa menyuap dia makan kerana keadaan tangannya yang sudah melecur. Ketika menunggu ketibaan ambulans, dia memaklumkan tiga lelaki yang membakarnya itu adalah individu dikenalinya, katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yanya Affendi, berkata mangsa kini dilaporkan koma dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan lanjut akibat melecur hampir 80 peratus di keseluruhan badan.Kami tidak menolak kemungkinan mangsa dibawa sekumpulan suspek ke lokasi berkenaan menaiki sebuah kereta sebelum membakarnya di ladang kelapa sawit. Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan  membunuh, \" katanya ketika dihubungi, semalam.Sementara itu, kakak mangsa, Seri Wahyuni, 25, ketika ditemui di HSB berkata, beliau dimaklumkan kejadian itu kira-kira jam 7 pagi apabila adiknya sempat meminjam telefon penduduk menghubungi bapanya memaklumkan dia dibakar sebelum talian terputus.Ayah saya yang terkejut dengan panggilan itu terus menghubungi semula nombor berkenaan sebelum seorang wanita yang menjawabnya memberitahu adik saya sudah dihantar ke hospital.Pada hari kejadian, adik saya keluar rumah jam 12 tengah malam tanpa memaklumkan lokasi yang dituju sebelum  dikejutkan dengan panggilan telefon. Kami sangat sedih melihat keadaannya yang hampir keseluruhan badan melecur tidak tahu angkara siapa yang menyebabkan adiknya dibakar hidup-hidup, katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.293733 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list