CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 152|Reply: 0

Penerbit filem parah dibelasah

[Copy link]
Post time 28-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Hanya kerana mahu meleraikan pertengkaran berpunca dari kekeliruan zon larangan merokok, seorang penerbit filem bukan hanya dibelasah menggunakan botol kaca dan batang kayu, malah turut dipijak lebih 20 individu tidak dikenalinya di pusat hiburan eksklusif bersebelahan sebuah hotel mewah di ibu negara awal pagi kelmarin.\rDalam kejadian jam 5.30 pagi itu, Hazil Izham Ismail, 38, dikatakan baru tiba di premis berkenaan untuk bertemu empat kru penerbitannya bagi membincangkan urusan penggambaran filem terbarunya sebelum didatangi sekumpulan lelaki tidak dikenali dipercayai petugas keselamatan pusat hiburan berkenaan.\r\n\n\n\n\rBeliau yang juga suami kepada pelakon popular, Nadia Mustaffar, 36, berkata kumpulan terbabit dipercayai tidak berpuas hati dengan salah seorang kru penerbitannya yang didakwa merokok di kawasan tidak dibenarkan sebelum berlaku pertengkaran.\r\r\n\n\n\n\nNiat saya cuma mahu meleraikan mereka dan mengajak berbincang cara baik. Bagaimanapun, seorang daripada lelaki itu tiba-tiba menghentak botol kaca pada belakang kepala saya sebelum rakannya membelasah saya dan kru produksi lain. Saya cuba menenangkan keadaan tetapi lelaki tadi sekali lagi menghayun botol kaca ke muka menyebabkan saya terjatuh.\rSaya tidak boleh buat apa-apa ketika itu kecuali melindungi muka dan kepala dengan tangan apabila mereka terus membelasah serta memijak saya selama 10 minit sebelum dileraikan. Memang saya tidak ingat apa-apa selepas itu sehingga dibawa pulang ke rumah di Jalan Klang Lama sebelum dikejarkan isteri ke hospital berhampiran, katanya ketika ditemui, di sini semalam.\rKatanya, beliau mendapat rawatan di Pusat Perubatan Danau Desa kerana patah tulang pipi kanan dan terseliuh bahu kiri, selain berlaku pendarahan dalaman pada mata serta belakang kepalanya.\rBagaimanapun, katanya, beliau dipindahkan ke sebuah hospital pakar di Bangsar, semalam untuk pemeriksaan lanjut, termasuk menentukan sama ada memerlukan pembedahan bagi mengeluarkan darah beku di belakang kepalanya.\r\n\n\n\rHazil berkata, motif sebenar kejadian masih belum diketahui dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara sebenar.\rSaya tidak pasti apa motif sebenar mereka bertindak demikian,  tidak mungkin hanya disebabkan perkara kecil saya dibelasah separuh mati, begitu juga empat lagi rakan saya (kru produksi), termasuk seorang daripadanya cedera teruk pada bahagian telinga hingga terpaksa menerima lapan jahitan.\rDifahamkan, dua laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian itu, masing-masing oleh kru produksi saya dan pengurus premis hiburan berkenaan. \rWakil mereka ada datang melawat saya di hospital semalam untuk memohon maaf dan menyatakan kekesalan dengan kejadian itu yang punca daripada salah faham, katanya.\rKatanya, beliau dan isterinya sedang berbincang berhubung tindakan susulan terhadap pengurusan premis hiburan terbabit termasuk mengambil tindakan undang-undang.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.443435 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list