CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 228|Reply: 0

Telefon di pejabat tempat paling 'disukai' kuman, virus

[Copy link]
Post time 27-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
WASHINGTON: Satu kajian mengenai kuman di pejabat mendapati bahawa telefon adalah  tempat paling kotor di tempat kerja dan anda boleh dijangkiti selesema atau batuk hanya dengan menggunakan telefon pejabat.Kajian berkenaan dikendalikan oleh seorang profesor mikrobiologi, Charles Gerba dari Univesiti Arizona.\n\n\n\n   “Tiada sesiapa yang membersihkan atau membasmi kuman pada telefon pejabat,” kata Gerba yang dipetik CBS News.\n\n\n\n\n\n   Pekerja juga diberi amaran supaya berhati-hati di tempat yang mudah dijangkiti bakteria dan virus yang bersembunyi di pejabat. Bagaimanapun penemuan  paling mengejutkan ialah ia tidak membabitkan tempat duduk dalam tandas.“Pekerja sentiasa membersihkan tandas hampir sepanjang masa.“Malah anda juga boleh mendapat kuman dari laci meja dan juga papan kekunci komputer, kata Gerba di mana tempat berkenaan hanya akan dibersihkan apabila ia melekit.“Kita sering menemui virus selsema pada komputer sewaktu musim sejuk,” kata Gerba.\n\n\nDalam satu siaran berita ABCNews.com, Gerba berkata  beliau menemui bakteria usus yang biasanya wujud dalam najis manusia pada satu daripada mangkuk gula-gula seorang daripada pekerja.“Cerek kopi, kepala paip sinki,  peti sejuk serta pemegangnya dan ketuhar gelombang mikro adalah beberapa bahagian paling kotor yang biasa di tempat kerja,” kata Brad Reynolds, daripada projek North American Platform Leader for The Healthy Workplace yang dikendalikan firma Kimberly-Clark Professional.“Secara keseluruhan, semua barangan ini adalah empat kali ganda mempunyai tahap bakteria yang sama pada tempat duduk tandas,” katanya.“Walaupun ramai pekerja menggunakan bilik rehat pejabat secara harian, ia secara umumnya tidak dibersihkan kecuali sehari  oleh pekerja pembersih dan jarang sekali  dilakukan sendiri oleh pekerja menyebabkan pencemaran lebih mudah dipindahkan daripada seseorang kepada yang lain sepanjang hari,” kata Reynolds.Beliau berkata, bilik persidangan juga antara tempat paling mudah untuk kuman tersebar, misalnya ketika seseorang berjabat tangan dengan yang lain.“Setiap orang perlu membersihkan tangan mereka sebelum atau selepas mesyuarat untuk mengelak kuman dibawa balik ke meja mereka,” kata Reynolds.Butang pada lif, mesin menyalin atau pembuat kopi juga adalah sama seperti berjabat tangan. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.036408 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list