View: 104|Reply: 0
|
Milan derita angkara 'Ibra'
[Copy link]
|
|
ROME: AC Milan menerima tamparan menjelang pertembungan dua pasukan teratas menentang Juventus apabila Zlatan Ibrahimovic masih perlu menjalani penggantungan selepas penyerang Sweden itu dilayang kad merah kerana menampar pemain Napoli, Salvatore Aronica 5 Februari lalu.\rMilan merayu dengan harapan satu lagi penggantungan yang perlu dijalani Ibrahimovic dikurangkan, sekali gus membolehkan dia beraksi menentang Juve dan juara bertahan itu kecewa apabila rayuan ditolak.\r\n\n\n\n\r “Keputusan Mahkamah Persekutuan tidak adil kerana menjatuhkan hukuman berdasarkan perbuatan ganas kepada sesuatu perbuatan yang bukan ganas,” kata Milan dalam satu kenyataan. “Ini adalah satu kesilapan kehakiman yang serius.”\r\r\n\n\n\n\n Walaupun Ibrahimovic diperintah keluar padang kerana menampar muka pemain lawan dan sesetengah orang mungkin melihatnya sebagai aneh selepas Milan mengemukakan rayuan atas alasan ia bukan perlakuan ganas.\rTahun lalu, mereka berjaya dengan rayuan yang dibuat selepas Ibrahimovic menumbuk rusuk pemain Bari, Marco Rossi. – AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|