|
CIK Normah memang berbangga apabila artis muda negara, Yuna, turut dipilih sebagai finalis Anugerah Tahunan Pilihan Kanak-Kanak ke-25, dalam kategori Artis Kegemaran Asia. \rYalah, kalau dilihat kepada calon akhir lain, memang bukan sebarangan nama yang mengisi tiga lagi tempat dalam kategori terbabit. Selain Yuna, calon lain ialah penyanyi Indonesia, Agnes Monica, Charice (Filipina) dan Wonder Girls (Korea).\r\n\n\n\n\rAnugerah anjuran Nickelodeon itu yang diterajui bintang handalan, Will Smith, akan disiarkan secara langsung dari Pusat Galen USC di Los Angeles pada 31 Mac.\r \r\n\n\n\n\nWalaupun ia sebuah acara yang menyaksikan pilihannya dilakukan peminat kecil, namun ia tetap mendapat sokongan daripada nama besar industri hiburan seperti Jessica Alba, Antonio Banderas, Justin Bieber, Big Time Rush, Jack Black, Ty Burrell, Jim Carrey, Miranda Cosgrove, Tom Cruise, Johnny Depp, Lady Gaga, Selena Gomez, Victoria Justice, Bruno Mars, Taylor Lautner, Danica Patrick, Katy Perry, Michael Phelps, Daniel Radcliffe, Adam Sandler dan Kristen Stewart.\rMulai 1 Mac, kanak-kanak akan dapat membuang undi mereka untuk kesemua 20 kategori di seluruh saluran Nickelodeon, termasuk www.2012KCA.com, Aplikasi Mudah Alih Nick serta halaman Facebook dan suapan Twitter Nickelodeon.\rKalau tak silap Cik Normah, antara artis Malaysia yang pernah menang pada anugerah itu ialah Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi. Tahun ini, tentunya peminat Yuna tidak mahu artis kesayangan mereka berputih mata. Jadi, apa lagi, mulalah kempen undian anda dari sekarang.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|