|
DUBAI: Juara Terbuka Amerika Syarikat, Sam Stosur melangkah ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Dubai kelmarin selepas menewaskan Lucie Safarova dari Republik Czech 6-1, 6-7 (5), 6-1.\rCaroline Wozniacki juga mara selepas pilihan ketiga dari Denmark itu yang berusaha mempertahankan kejuaraannya mudah menyingkirkan pemain Romania Simona Halep 6-2, 6-3.\r\n\n\n\n\r Terdahulu, pilihan utama Victoria Azarenka menarik diri daripada kejohanan selepas cedera pergelangan kaki kiri semasa separuh akhir Terbuka Qatar minggu lalu, namun mengetepikan segala kesakitan itu untuk menundukkan Stosur di final. Juara Terbuka Australia itu, yang memenangi 17 kemenangan berturut-turut setakat ini, berkata dia akan berehat dua atau tiga hari.\r\r\n\n\n\n\n “Sudah tentu ia amat mengecewakan, tetapi itu adalah kehidupan. Ia sebahagian daripada sukan. Saya hanya perlu merawat kecederaan dan itu saja,” kata Azarenka. “Saya perlu beberapa hari berehat dan saya harap ia mampu pulih... tetapi ia perlu dirawat segera.”\rStosur dari Australia akan menentang pilihan kelapan Jelena Jankovic dari Serbia dalam pusingan ketiga. Jankovic menewaskan pemain Itali Flavia Pennetta 7-5, 6-4. Stosur dan Jankovic pernah bertemu dalam suku akhir 2011 dengan pemain Serbia itu menang.\r“Ini adalah peluang terbaik kepada saya untuk menebus semula kekalahan menentangnya,” kata Stosur.\rSementara itu, Wozniacki akan menentang Ana Ivanovic selepas pemain Serbia itu menewaskan Maria Kirilenko dari Russia, 6-2, 7-6 (4). - AP\r\n\n\n\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|