CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15720|Reply: 20

[Edisi Kesihatan] Cara Meningkatkan Kecerdasan Otak

[Copy link]
Post time 20-2-2012 10:22 AM | Show all posts |Read mode
Cara Meningkatkan Kecerdasan Otak







Otak merupakan pusat segala operasi badan manusia, seperti CPU dalam komputer. Ianya berfungsi 24 jam sehari walaupun semasa kita tidur sehinggalah seseorang itu meninggal dunia. Tekanan, kekecewaan, beban kerja, pemikiran negatif, merokok, minuman beralkohol, dan diet tidak seimbang mempengaruhi keseimbangan otak kita. Ada yang menyatakan bahawa otak berfungsi seperti payung terjun yang hanya berfungsi apabila dibuka atau dikembangkan. Jadi untuk membuka minda dan fikiran anda, cubalah tips-tips berikut:



1. Meditasi



Memperbaiki tumpuan dan fokus otak manusia. Juga boleh menguatkan minda kita. Apabila kita dapat mengawal fikiran dengan baik, ia membimbing fizikal kita untuk melaksanakan sesuatu dengan lebih cekap.
~~Berdoa juga salah satu jenis meditasi tetapi jarang diperkatakan~~



2. Permainan Menguji Minda dan Teka Silang Kata



Banyak permainan seperti sudoku, teka silangkata dan kuiz membantu meningkatkan kepekaan, tumpuan dan fokus. Ini memberi manfaat dalam mengingat sesuatu dengan lebih mudah dan otak dapat berfikir dengan lebih cepat.



3. Senaman dan Tarian



Apabila anda sihat dari segi fizikal, maka secara automatik anda juga mempunyai minda yang cergas. Menurut kajian, tarian merupakan latihan yang memberi kesan baik yang banyak kepada minda kerana ia mengintegrasikan beberapa fungsi otak sekaligus.



4. Tidur



Sekiranya anda mahu otak anda bekerja dengan baik, anda perlu cukup tidur. Merehatkan otak membolehkan ia mendapat semula tenaga untuk hari seterusnya. Tidurlah sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari. Jangan lebih tidur, jangan kurang tidur kerana membahayakan kesihatan kita.



5. Makanan Seimbang



Makanan seimbang memastikan otak sihat. Elakkan makanan ringan, berkolestrol tinggi, makanan yang dibungkus, merokok dan alkohol kerana kesihatan mental biasanya berkait rapat dengan kesihatan fizikal. Makanan seperti buah-buahan, kekacang, sayur-sayuran dan product dari susu mampu memberikan kecerdasan otak.



6. Berfikiran Positif




Berfikirlah secara positif. Salah satu caranya adalah berkongsi kegembiraan, kesedihan dan masalah anda dengan orang lain. Ingatlah bahawa tiada yang mustahil, keberangkalian dan peluang selalu ada.



7. Ketawa


Ketawa adalah pengubat segala kekecewaan. Ketawalah sebanyak yang boleh dan anda boleh membuat orang lain ketawa juga.



8. Belajar Sesuatu Yang Baru & Lakukan Hobi Anda


Cubalah melakukan perkara yang baru seperti bermain muzik, menyanyi, belajar bahasa baru dan sebagainya. Luangkanlah masa anda untuk melakukan hobi yang anda minati bersama rakan-rakan sekurang-kurangnya sekali seminggu.



credit to suarapeople Last edited by dauswq on 4-4-2013 12:32 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2012 06:34 PM | Show all posts
dalam banyak2 cara di atas, tidur paling best...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 02:31 PM | Show all posts
makan kacang gajus banyak2
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 03:54 PM | Show all posts
steadyla..aku memang suka info2 macam nie..

Good info +1000  

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 05:10 PM | Show all posts
good info
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 05:28 PM | Show all posts
tengkiuuu, bertambah ilmu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2012 10:51 PM | Show all posts
no 1, 2, 3 tu mmg x buat la.. patot la otak aku rs cam lemau jer nih..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 11:00 AM | Show all posts
no 1, 2, 3 tu mmg x buat la.. patot la otak aku rs cam lemau jer nih..
otai_g Post at 23-2-2012 22:51



    no.7 tu pun ko tak wat rasanya, pasai siggy ko tertulis "........ku takkan pernah ketawa"Itulah, apabila kecewa akibat ditinggalkan geperen tercinta juga muleh melemababkan otak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2012 04:24 PM | Show all posts
baca quran dan hafaz quran...ubat untuk elakkan nyanyuk@alzheimer.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 12:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by bluezink at 26-2-2012 12:36




ahli sainti s penah meneliti ttg otak hewan bernama tikus,di dlm makmal..dari penemuan itu didpti otak tikus mngalami tumbesaran sbanyak 4% setiap saat....yaaa beneeerrr tikus "terpaksa" setiap hari mnjalankan tugas mental setiap hari..ya setiap hari cntoh,

mencarik idea mcm mana mahu lpas dari lorong/laluan yg berliku liku,memanjat tangga dan mcm mana tikus berinterksi sesama tikus yg lain dlm makmal.nah kalu otak tikos yg tecit tu bleh dilatih untok tumboh..mngapa tidak otak besar mcm manusia ini!!.
makin dilatih setiap hari..pasti otak akan setajam hebak dan bijak..yg penting jgn malas mcm vavi ntok melatih otak kiter agar daya ingatan kiter setiap mntap sepanjng masa.
berikot ini adalh 11 petua/cara yg bleh kiter pelajari dari ujian tikus makmal tersebot




1.  Latih kemampuan mengamati. Perhatikan lingkungan sekitar. Rekam dalam  pikiran apa yang Anda lihat, mulai dari yang paling sederhana dan  diteruskan dengan observasion yang lebih rumit.

2.  Asah/latih tubi pancaindra. Bole dilatih dengan membedakan rasa makanan yang disukai  dan yang tak. Menyadari bau dan aroma di sekitar atau bunyi-bunyian  yang ada di jalan atau mungkin rasa panas atau dingin udara di sekitar  Anda.

3.  Hafalkan nama teman-teman dan jugak nomor hndpone nya. Ada sesapa  yang bole diingat? Latih supaya bole  ingat lebeh banyak

4.  Pelajari sesuatu yang baru. Banyak membaca dan berkenalan dengan  hal-hal laen yang mungkin bukan bidang Anda, cth bahasa asing,  pengetahuan tentang IT,  dan  laen-laen

5.  Gunakan tangan supaya ikot petunjuk otak. Misalnya bermaen gitar,  mengetik tanpa melihat tali gitar atau  berlatih menulis tulisan halus.

6. Hobi.  Gunakan kesempatan untuk mengembangkan hobi Anda

7. Pelajari  dan hafalkan tarikh tarikh  penting, cth tarikh lahir anggota   keluarga,  teman, atau perayaan tertentu

8.  Hafalkan sesuatu yang Anda sukai. bole jadik itu puisi, lagu, kalimat  dari sebuah buku atau kata-kata hikmat seseorang. dan jugak usahakan  agar kalimat yang digunakan adalah bahasa asing.bole??cubak pelan pelan

9.  Latihan menghafal urutan angka berderet panjang, misalnya  32145687390282930498. Ini adalah bentuk latihan memperbaiki daya ingat  jangka pendek. Lakukan dengan mengelompokkan atau memecah bilangan itu  menjadi beberapa bagian, misalnya 3214568 kemudian 7390282 dan terakhir  930498



10.  Ingat perjalanan pribadi Anda. Apa yang sedang Anda kerjakan satu jam lalu,  minggu lalu pada hari jemaat pukul 10.00, misalnya. dengan sapa, di mana,  dan seterusnya.



dan akhir skali....
11.  Ingat dan teliti ulang pembelian/runcit harian. hapa yang Anda beli kemarin?  Berapa wang  yang ada dalam dompet Anda sekarang? bila  terakhir  mengambil uang tunai di ATM, dan seterusnya.

Latihan2 di atas,... akan memungkinkan sel otak tetap aktif dan jaringan penghubung  antarsel otak semakin rapat. jelas aktiviti/latihan tubi mental dpt meningkatkan  jumlah cirkuit aktif atau   dalam otak. Semakin  banyak cirkuit,  semakin banyak asosiasi, makin  beso pula kemampuan  mengingat...










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 12:40 PM | Show all posts
off topic jap layan  laguk dari helloween seblom pegi lunch
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 02:46 PM | Show all posts
Reply 1# midory

No.2 tue my feberet!
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 01:00 PM | Show all posts
main chess bulih bg cerdas otak tak???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2012 01:01 PM | Show all posts
main chess bulih bg cerdas otak tak???
Yustan Post at 8-3-2012 13:00



   chess pon salah satu jugak.. sebab otak kite pikir startegi nk menang...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 05:08 PM | Show all posts
chess pon salah satu jugak.. sebab otak kite pikir startegi nk menang...
midory Post at 8-3-2012 13:01



    bukan ape, aku ada sorang kawan mmg terer main chess.........tp bab2 lain spt blaja, main bola, main computer game, dia mmg out............tu yg kdg2 tepikir yg org yg terer main chess ni adalah sbb bakat semata-mata........tp btol gak rasanye yg main chess ni mmg bulih bg otak cerdas.........cuma kalo nk terer tu mgkn kene ada bakat n usaha la kot..........hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 05:09 PM | Show all posts
kalo tak silap, mendengar muzik2 orkestra turut membantu perkembangan otak........betoi ka???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2012 12:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by boyagombak at 9-3-2012 01:00

Reply 13# Yustan


  
main chess bulih bg cerdas otak tak???


obsolutely memang mencerdaskan minda berbanding smua game yg lain. game2 lain satu masa kita akan rasa boring jugak bila main lama2, but not the chess.
Ko try main download Chess Pro android
Haku main online chess pn ada masa menang dan sebaliknya, dan offline game lawan komp pun ada masa menang ,ada masa kalah
tapi main Chess Pro dalam berpuloh2 kali main, tak dapek2 jugak nak menang, dh dokek2 nak check mate pun bole kalah lagi.
Memang rasa nya itu adalah perisian utk Grandmaster dan master chess punye, agaknya kasparov je yg boleh menang, tapi haku takkan berpuus asa {:4_190:}
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 01:01 AM | Show all posts
Berporum cari ni pun cardas minda jugak, sampaikan rasa malas ak tidoq
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 01:02 AM | Show all posts
Tgk tb pun sma gak, sampaikan tb plak tgk haku
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 12:00 PM | Show all posts
Reply  Yustan


   

obsolutely memang mencerdaskan minda berbanding smua game yg lain. game2  ...
boyagombak Post at 9-3-2012 00:59



    so, chess ni antara yg terbaik la dlm mencerdaskan minda..........kiranye mana2  game yg kene gune minda tahap maksimum mmg boleh mencerdaskan la ye.......so, kalo main computer game cthnye game2 strategi tu turut membantu la ye???
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.459841 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list