CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 232|Reply: 0

‘Main untuk kalah’

[Copy link]
Post time 19-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
ANTI klimaks! Itulah yang dapat disimpulkan perlawanan penentuan tempat 3/4 pusingan kelayakan Piala Thomas antara skuad negara menentang Indonesia di arena Forum Macau, semalam.Ketika perlawanan itu tidak memberi sebarang makna kerana skuad negara dan Indonesia sudah layak ke pusingan akhir di Wuhan Mei depan, kedua-dua pasukan dilihat tidak bersungguh-sungguh dan ‘bermain untuk kalah’.\n\n\n\n  Maka tidak mengejutkan apabila pemain beregu, Koo Kien Keat diturunkan selaku perseorangan ketiga, manakala perseorangan pertama Indonesia, Simon Santoso menarik diri ketika ketinggalan 2-7 set pertama dengan alasan kecederaan.\n\n\n\n\n  “Saya pun tak tahu apabila bangun pagi, saya diberitahu akan bermain dalam perseorangan ketiga, tetapi ingatkan saya tidak perlu bermain, sebaliknya terpaksa juga bermain selepas kedudukan terikat 2-2.“Namun, tidak mungkin saya beralih arah bermain perseorangan kerana bukan mudah bagi pemain beregu bermain dalam perseorangan kerana langkah dan pergerakan berbeza. “Tetapi, jika pemain perseorangan beralih kepada beregu, ia lebih mudah,” kata Kien Keat yang sebelum ini pernah bermain perseorangan dalam Kejohanan Berpasukan Remaja Asia 2000.Namun, harapan melihat Kien Keat melakukan kejutan dan menyumbangkan mata kemenangan tidak kesampaian apabila tunduk kepada Dionysius Hayom Rumbaka 8-21, 9-21.\n\n\nKetua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek berkata, keputusan menurunkan Kien Keat beraksi dalam perseorangan bagi memberi peluang kepada Mohd Arif Latif beraksi.“Kita merehatkan Lee Chong Wei dan Muhd Hafiz Hashim bagi memberi peluang kepada Liew Daren dan Mohd Arif, jadi kita tiada pilihan selain terpaksa meletakkan Kien Keat bagi mengisi perseorangan ketiga.“Lagipun, perlawanan ini tidak memberi sebarang makna kerana kita sudah layak, jadi kita jadikannya pentas pemain muda beraksi untuk menimba pengalaman,” katanya.KEPUTUSANPIALA THOMASMALAYSIA 2 INDONESIA 3Perseorangan pertamaLiew Daren mn Simon Santoso (Simon Tarik diri)Beregu pertamaGoh V Shem-Hoon Thien How mn Alvent Yulianto-Hendra Gunawan (21-14, 21-18)Perseorangan keduaMohd Arif Latif kk Tommy Sugiarto (15-21, 7-21)Beregu kedua Lim Khim Wah-Teo Kok Siang kk Markis Kido-Hendra Setiawan (16-21, 13-21)Perseorangan ketigaKoo Kien Keat kk Dionysius Hayom Rumbaka (8-21, 9-21)Jadual Hari IniFinal Piala ThomasChina mln Jepun 1.30ptgTempat 5-8 Piala Thomas/Uber, 9 pagiKeputusan Penentuan Tempat 3/4 Piala ThomasPIALA UBER PLAY OFF MALAYSIA 0 INDONESIA 5Perseorangan pertamaLydia Cheah kk Adrianti Firdasari (7-21, 13-21)Beregu pertamaVivian Hoo-Woon Khe Wei kk Greysia Polii-Meiliana Jauhari (15-21, 21-18, 15-21)Perseorangan keduaSannatasah Saniru kk Maria Febe Kusumastuti (13-21, 18-21)Beregu keduaChin Eei Hui-Goh Liu Ying kk Nitya Krishinda Maheswari-Anneke Feinya Agustin (21-11, 8-21, 18-21)Perseorangan ketigaYang Li Lian kk Lindaweni Fanetri (10-21, 9-21)

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.723747 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list