CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 243|Reply: 0

Adiq hadiah perak

[Copy link]
Post time 18-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Akhiri empat hari penantian tanpa pingat di Putrajaya\rPENANTIAN pingat empat hari menerusi acara lebuh raya di Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 berhasil apabila Adiq Hussainie Othman menghadiahkan perak dalam acara lepas beramai-ramai Bawah 23 tahun lelaki di Putrajaya, semalam.\r\n\n\n\n\r   Pelumba pasukan benua profesional, Champion System itu berkata, kejayaan itu adalah hasil kerjasama rakan sepasukan dan ganjaran hasil bimbingan jurulatih skuad lebuh raya negara, Syed Muhammad Hussaini Syed Mazlan dalam kem latihan sejak dua minggu selepas pulang berlatih di China.\r\r\n\n\n\n\n   “Sasaran saya adalah emas tetapi saya masih gembira apabila menang buat pertama kali kategori Bawah 23 selepas dua kali menyertai kategori elit di ACC (Sharjah dan Korat). Pengalaman berlumba dalam kategori elit banyak membantu saingan tadi,” katanya yang memenangi perak kategori remaja lelaki pada ACC 2009 di Kalimantan, Indonesia.\rAdiq, 21, bersama-sama empat pelumba lain mula melakukan pemecahan pada pusingan keempat daripada 10 pusingan perlumbaan sejauh 128 kilometer itu, hinggalah pada 100 meter terakhir apabila dia memecut ke garisan penamat di belakang pelumba Jepun, Tomohiro Kinoshita yang meraih emas dengan catatan masa sama, 3 jam 2 minit 5 saat. \rGangsa dimenangi pelumba Iran, Arvin Moazemi Goudarzi.\rPelumba negara lain, Ahmad Fakhrullah Alias di tempat ke-10, Muhammad Zulhilmie Ahmad Zamri (29) dan Nik Mohd Azwan Zulkiflie (37), kesemuanya merakamkan 3:04.03s.\r\n\n\n\rTerdahulu, dalam acara elit wanita sejauh 115.2km, Masziyaton Mohd Radzi muncul pelumba terbaik negara di tempat ke-14 dalam perlumbaan yang berkesudahan dalam kelompok besar dengan masa 3:16.49s. \rEmas acara itu dimenangi pelumba Taiwan, Hsiao Mei Yu, diikuti pelumba Korea, Gu Sungeun dan Jutatip Maneephan dari Thailand. \r“Saya kecewa tidak dapat pingat tetapi saya sudah cuba melakukan pemecahan tetapi ditangkap pada 300m terakhir ketika menuju ke garisan penamat,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.049915 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list