CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 228|Reply: 0

Button puas hati jentera baru McLaren

[Copy link]
Post time 9-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
JEREZ, Sepanyol: Bahasa tubuh Jenson Button selepas hari pertama ujian Formula Satu (F1) kelmarin memberi isyarat betapa dia gembira dengan jentera baru McLaren berbanding tahun lalu.\rSetahun lalu, McLaren hadir di Jerez untuk menguji jentera MP4-26. Ia terbukti tidak mampu melakukan pusingan dengan lancar dan ketinggalan dengan sistem ekzos yang rumit yang akan dibuang tidak lama lagi.\r\n\n\n\n\r  Button dan rakan sepasukan Lewis Hamilton menghabiskan sebahagian awal musim dengan cuba mengejar Red Bull tetapi berakhir dengan hanya tiga kemenangan ketika Sebastian Vettel muncul juara dunia buat kali kedua berturut-turut dengan mengungguli 11 kejuaraan.\r\r\n\n\n\n\n  Walaupun McLaren mencipta reka bentuk berbeza berbanding pasukan lain musim ini susulan perubahan peraturan, ketika pelancaran MP4-27 minggu lalu mereka yakin masalah yang berlaku Februari lalu tidak akan berulang.\r“Ia adalah hari yang baik. Pagi ini kami melakukan pemasangan dan memeriksa sistem yang mungkin mengambil masa agak panjang daripada yang saya inginkan. Tetapi, selain daripada kelancaran, ia semakin baik,” kata Button.\r“Tiada bahagian jentera yang bermasalah, sangat baik. Berbeza berbanding tahun lalu. Jadi saya gembira,” kata juara dunia 2009 dari Britain berusia 32 tahun itu. – Reuters \r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.242050 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list