CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11658|Reply: 57

CINTA SENGET .... :)

[Copy link]
Post time 6-2-2012 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by samiramieya at 8-2-2012 21:54

Part 1

                       Anggun Dahlia Saffiya termenung mengenangkan masa depan yang redup dan samar-samar.Kata-kata uminya masih terngiang-ngiang difikirannya.Muka kerut umi yang setengah abad menjelma dihadapan dan airmatanya mengalir mencurah-curah dipipi.Permintaan umi kali ini tidak dapat menyenangkan hati.Hatinya remuk dan pedih apabila mendengar permintaan umi yang tidak masuk akal.Patutkah dia menerima cadangan itu sedangkan orangnya pun dia tidak pernah bertemu.Adakah perkahwinannya akan kekal tanpa cinta.

                  

                     “Umi nak Anggun terima pinangan daripada Uncle Jazman dan Auntie Aisha ! mereka mengharapkan Anggun menjadi menantu mereka.Umur Anggun dah meningkat dan nak tunggu apa lagi?”kedengaran tegas kata-kata Umi.

                  

                    “Tapi umi , Anggun tak kenal dia dan kami tak pernah berjumpa pun!”Sebak hatinya apabila umi memaksa dalam soal masa depan.Airmatanya mengalir tanpa henti namun umi tidak mengendahkannya .Hatinya hiba mengenangkan orang yang paling dia sayang tidakmenghiraukan sedikit perasaannya.

                  

                 “Lepas kahwin nanti Anggun akan kenal dengan dia lebih rapat dan dapat mengenal hati budi masing-masing.Umi dengan babah dulu pun macam tu juga dan sampai sekarang kami bahagian.Dah 30 tahun usia perkahwinan kami.Ada Anggun tengok kami tak bahagia?” Tegas kedengaran suara Makcik Ummu.

                     

                  “Itu dulu umi dan masa sekarang dah lain.Kalau kahwin tanpa cinta takkan bahagia.Anggun taknak kawin ngan dia dan umi tolong cakap kat Auntie Aisya suruh dia cari orang lain yang lebih sedarjat dengan mereka dan menantu yang lebih baik dari Anggun !” Dia memohon sedikit simpati daripada umi namun umi tetap keras dengan kata-katanya.

                     

                 “Anggun Dahlia Saffiya …. Ummi tak boleh buat macam tu kerana Auntie Aisya terlalu baik dan umi tak boleh lukakan hatinya sedangkan dia terlalu mengharap Anggun akan jadi menantu mereka.Dia terlalu sayangkan Anggun.” Tegas umi.Dia tahu kalau umi memanggil nama penuh pasti umi sedang marah terhadapnya.

                     

                  “Hati Auntie Aisha , umi jaga tapi umi tak pernah nak jaga hati anak umi kan?” Airmatanya mengalir dengan deras sekali.

                    

                     “Bukan macam tu Anggun ! sebab umi sayangkan Anggunlah ,umi terima pinangan Uncle Jazman kerana umi tahu yang Anggun akan bahagia.Umi tahu yang Auntie Aisya akan menjadi mentua yang baik kepada anak umi.Umur Anggun dah meningkat dan umi nak anak umi akan mendapat lelaki yang boleh membahagiakannya dan keluarga mentua yang sayang akannya.” Suara umi sedikit tegas.

                     

                   Anggun hanya mendiamkan diri dan diatahu dia tidak akan menang kalau bertekak dengan umi. Susah hendak melawan kata-kata umi kerana apa saja yang umi katakan semua orang pasti menurut. A kata umi A juga kata orang lain dan tidak ada sesiapa yang boleh membantah cakapnya. Kadang-kadang terasa ingin membantah sahaja cakap umi tetapi dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh Uncle Jazman dan keluarga membuat dirinya serba-salah. Umi terlalu tegas dalam bab-bab mencari pasangan hidup. Keluarganya terhutang budi terhadap Uncle Jazman sekeluarga.

                  

                Uncle Jazman terlalu banyak menolong mereka semua sampaikan sanggup mengeluarkan modal  membeli bot untuk babah ke laut.Tapi kenapadia yang terpaksa membalas semua kebaikan yang diberi dengan mengahwini orang yang dia tidak pernah dikenali ataupun sekali jatuh cinta.

                  

                Semua ini benar-benar tidak adil terhadap dirinya.Kenapa umi tidak menyuruh Eira Damia, adiknya itu yang mengahwini anak Uncle Jazman sahaja. Walaupun dia tahu yang Eira sudah berpunya dan kenapa Auntie Aisya sukakan dia ? ramai lagi perempuan dikota sana yang boleh dijadikan menantu.Sedangkan dia hanya pompuan kampong yang lulusan SPM sahaja,jika dibandingkan dengan anak lelakinya yang berlulusan luar Negara.Tidakkah dia merasa malu mempunyai menantu yang tidak memiliki apa-apa ijazah mahupun sijil2 dari IPTA atau IPTS ?Auni berfikir sejenak.

                  

            “Hanya padaMu hambaMu berserah dan bertawakal.AS-SAMI’Maha Mendengar.”Hati  kecil Anggunberdoa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2012 12:29 PM | Show all posts
Dia segera menyapu airmata yang mengalir dipipi sambil mencapai telefon bimbitnya. Saat ini hanya Erna kawan baiknya sahaja yang dapat mengubati dan nasihat-nasihat dari Erna yang dia perlukan.Kedengaran suara Erna diluar talian .
                  
              “Assalamualaikum Erna …”kedengaran Suara Anggun yang garau apabila tidak dapat menahan esakan.
                 
                  “Waalaikumusalam Anggun ..kenapa dengan suara kau ? kau menangis ke ?cerita kat aku apa terjadi dan kalau aku boleh tolong aku akan sedaya-upaya untuk tolong kau.”
                    
                  “Erna …Umi paksa aku terima pinangan daripada Uncle Jazman.Aku tak kenal dan tak pernah sekali pun lihat anak  Uncle Jazman dan Auntie Aisha tu.Apa harus aku lakukan?Aku tak cintakan dia.”
                     
                     Terlopong mulut Erna mendengar kata-kata daripada sahabat baiknya.Dia merasa simpati terhadap kawannya kerana masalah yang dihadapi begitu berat untuk ditanggung. Bab-bab nikah-kahwin bukan boleh dianggap ringan kerana ia akan bersangkut-paut dengan kehidupan  selamanya.Erna sudah lama mengenali umi Anggun iaitu Makcik Ummu dan sudah dianggap sebagai ibunya sendiri.Tiada sesiapa boleh membangkang kata-kata Makcik Ummu termasuklah Pakcik Munir suaminya sendiri tapi Makcik Ummu seorang yang baik hati dan peramah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2012 12:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by samiramieya at 6-2-2012 14:46

Kadang-kadang Erna merasa kesian dengan kehidupan Anggun yang terpaksa berkorban untuk keluarganya. Jarang sekali dia melihat Anggun membangkang kata-kata Makcik Ummu dan kawannya itu hanya akan menangis kalau tidak suka apa yang Makcik Ummu lakukan untuknya tapi dia tahu yang Anggun seorang yang tabah dan ceria dalam menangani masalah yang dihadapi.Hanya dia tempat kawannya mencurah perasaan dan meminta pendapat.Tapi dalam masalah ini dia tidak boleh masuk campur dan sebagai kawan dia hanya boleh memberi nasihat untuk meringankan sedikit masalah yang dihadapi oleh Anggun.
                 
               “Aku harap kau banyak-banyak bersabar. Kau cakap la baik-baik dengan umi kau pasti dia faham?” Sebak rasanya mengenangkan masalah yang dihadapi oleh Auni.Tiada kedengaran suara kawannya itu tapi hanya kedengaran esakan yang kuat.
                  
              “Anggun…Anggun…Anggun..jangan menangis lagi .Aku simpati dengan kau tapi aku tak mampu nak menolong kerana kita tak boleh buat apa-apa ? apakata kau minta tolong dengan babah kau dan aku pasti dia akan tolong kau.Dia kan sayang sangat dengan kau.Anak emas babah katakan?”kedengaran suara Anggun sedikit ketawa.
               
                 “Kau sendiri dah kenal ngan perangai umi aku kan ? Babah aku tak boleh cakap apa-apa kerana dia turut terhutang budi dengan Uncle Jazman sekeluarga.Auntie Aisya merayu kat umi untuk terima mereka sebagai besan kerana mereka mahu mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sudah terjalin.Kenapa harus aku yang balas semua kebaikan mereka terhadap keluarga aku ..Erna?”Anggun mengesap airmatanya.
               
                 “Susah-susah sangat kau terima aje mamat tu ataupun kau cal ajak dia berjumpa kan senang? tak usah kusutkan kepala kau yang sudah kusut tu. Mana tahu , apabila kau jumpa dia pertama kali kau akan jatuh cinta padanya?Mungkin nie jodoh kau,sapa tahu?”Erna tergelak kecil.
              
                  “Senang kau cakap ? ingat aku takda harga diri ke ? senang-senang kau ganti tempat aku dan jadi menantu Auntie Aisya nak ke ? kawan yang baik , sanggup menolong kawannya dalam kesusahan kan ? Tersedak Erna mendengar kata-kata daripada Anggun.
              
                  “Kenapa pulak aku yang kena ? ayoooo !!! taknak la aku jadi menantu orang kaya nie ! kalau Uncle Jazman dan Auntie Aisya , aku tahu mereka baik orangnya tapi belum tentu anak kesayangan mereka tu seorang yang baik. Mana tahu panas baran ke ,kaki pompuan ke ataupun anti pompuan ? langkah malaikat 44 aku tak mahu! Merana hidup aku nanti.Habis si Aiman Qusairi tu aku nak letak kat mana ,sayang oiii?” Erna ketawa terbahak-bahak.
               
                  “Ernaaaaa ….”Suara kuat Anggun memanggil nama Erna.Erna segera menjauhkan sedikit telefon bimbitnya apabila mendengar suara Anggun yang nyaring memanggil namanya.
                  
                “Makcik …. Sakit telinga aku tahu ?”
                 
                “Rasakan !! mulut tu celupar sangat ! main redah aje kutuk orang dan kalau didengar orang lain pasti mereka akan terasa dengan kata-kata kau tadi.Kita tak tahu perangai seseorang tu so jangan main cakap aje ?bukan nak bagi nasihat kat aku tapi menakutkan aku lagi laaa…Si Aiman tu kau lempar aje dalam longkang kan senang.”Kedengaran suara Auni ketawa dengan kuat.
                  
                “Amboiiii !! bukan main sebelahkan mamat tu ? tadi menangis meraung-raung tak suka tapi sekarang dah terbalik ke ? kau dah jatuh cinta ke walaupun kau tak pernah melihat dia ?ehhhh … lupa pulak siapa nama gerangan lelaki yang akan dijodohkan dengan kau tu ?aku cakap aje bukan nak menakutkan kau ,Anggun ku sayang…Hello kawanku ,Si Aiman tu satu-satunya pengarang jantung aku tahu?”Erna ketawa terbahak-bahak.
                  
               “Yala,aku tahu yang takde lelaki lain kat dunia nie yang lebih baik daripada abang Aiman kau kan?Kau perli aku ya Erna ?nasib baik kau jauh dari aku,kalau tak…lebam paha kau aku cubit. Taknak aku jatuh cinta kat dia.Aku sendiri belum tengok wajahnya,nikan pulak jatuh cinta ? aku tak layak untuk dia ,mana tahu dia pun tak suka kat aku juga tapi demi parents,dia sanggup berkorban macam aku ? nama dia Syed Jazmir Hariff  Bin Syed Jazman Huzaimi.Itu pun aku dengar Auntie Aisya sebut semasa bercakap telefon dengannya.Yalahhh .. cakap aja kau kata ? kau menakutkan aku yang sedia takut tahu ? apa punya kawan baik ntah ?”
                  
                Sebalnya Anggun dengan sikap Erna tapi apapun Erna seorang kawan yang baik dan prihatin.Walaupun kadang-kala menyakitkan hatinya.Erna sentiasa ada disisinya ketika dia memerlukan pertolongan.Anggun ketawa kecil sambil menggeleng-geleng kepalanya mendengar coleteh Erna kawan yang paling dia sayangi.
                  
                “Wow…sedap nama tu tapi belum tentu perangainya sesedap namannya kan ?Aku minta maaf coz buat kau takut dan aku tak bermaksud menakutkan kau ?mesti laaaa..abang Aiman aku  ‘Best in the world”Suara Erna sedikit sedih dan diselang-seli dengan ketawa terbahak-bahak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 01:04 PM | Show all posts
miera....tak sabar nak baca sambungan cerita ni!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2012 02:31 PM | Show all posts
Reply 4# ratna_lokman


   Salam ... terima kasih ratna .. insyaallah akan miera sambung lg nanti ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2012 02:58 PM | Show all posts
“Eeee…gelinyerr aku ngan minah sorang nie?Aku maafkan kau dan aku tahu kau kawan yang sentiasa ada disisi aku kan ?Aku tak tahu tapi kata Ummi , dia seorang yang lulusan luar Negara dan sekarang dia mengambil alih tugas Uncle Jazman disyarikat mereka.Uncle Jazman ingin bersara dan meluangkan masa bersama-sama Auntie Aisya.Kau kan tahu yang mereka hanya ada dua orang anak saja.Jazmir tu dan Jazmira Haniss adik perempuan bongsunya.  Aku hanya lulusan SPM aje , aku tak sesuai untuk dia kan Erna ? Napa aku yang harus dipilih menjadi menantu mereka ?” Suara Anggun sedikit sebak.
                  
               “Dah tentu,aku kawan yang paling baik kat dunia nie kan?Mungkin Allah dah letak jodoh kau dengan dia,sapa tahu?Apa-apa pun kau cakap dengan umi dan babah kau dulu dan kalau umi kau berkeras juga ,lakukan solat istiqarah.Pasti ada pertunjuknya .Allah maha mendengar dan aku pasti masalah kau akan selesai juga nanti.”
                  
                “Amboii !! perasan pulak minah nie ? dah la sikit-sikit perasan minah oiii !!!Anggun  ketawa. Apapun terima kasih kerana sudi menjadi mendengar setia masalah yang aku hadapi dan juga nasihat-nasihat kau tu .Okey,aku nak solat asar dan insyaallah aku akan lakukan solat istiqarah minta petunjuk dariNya.Assalamualaikum ..bye..”
                  
                    “Sama-sama..kita tetap kawan dan sampai bila-bila aku akan berada disamping kau.Aku selalu berdoa untuk kau.Moga kau dapat lalui dugaan nie dengan tabah.Jangan lupa kirim salam peluk-cium aku untuk umi kau dan jangan lupa malam nie kau mimpi jejaka yang bertuah tu ? Waalaikumusalam.”Segera Erna mematikan telefon bimbitnya kerana dia tidak mahu mendengar leteran kawan baiknya itu.Dia kenal benar dengar leteran Anggun yang membengitkan telinga sesiapa saja yang mendengar tapi kawan itu seorang yang sentiasa happening.
                    
                   Sakitnya hati Anggun apabila Erna memutuskan talian begitu saja tanpa mendengar sebarang kata darinya dan juga sempat memerlinya. “Nanti kau minah,siap kalau aku jumpa kau.Aku cubit-cubit mulut kau tu!” Anggun mengeluh kecil.Dia tersenyum kecil apabila teringat kembali gelagat Erna yang gila-gila namun nasihat-nasihat yang diberikan Erna buatnya cukup bernas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-2-2012 03:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by samiramieya at 6-2-2012 15:38

Erna termenung dan tersenyum keseorangan apabila gelagat Anggun menjelma difikirannya. Teringat kembali pertama kali berkenalan dengan Anggun. Ketika itu Auni membuat kerja sambilan di Hotel Lima Bintang tempat Erna bekerja. Anggun yang mula-mula menegurnya dan sejak itu mereka mula rapat sehingga kini. Keluarga Anggun terlalu baik dengannya sampaikan mereka menganggap dirinya sebahagian daripada keluarga sendiri.
                                      
Erna berjalan ke dapur . Tangannya mencapai mug sambil menuang air kosong. Apa yang harus dia lakukan untuk menolong Anggun. Dalam bab nikah-kahwin dia tidak terdaya kerana melibatkan banyak pihak.  Dia takut Makcik Ummu akan membencinya jikalau dia masuk campur dalam masalah ini sedangkan dia terlalu sayangkan Anggun dan menganggap Anggun sebagai sedara sendiri.  Apa yang mampu dia lakukan hanya berdoa dan berada disamping Anggun.

           

                     Anggun terus berjalan ke bilik air untuk mengambil wuduk. Walaupun banyak dugaan melanda tapi sebagai hamba yang keldil, kewajipan terhadap Maha Esa tidak pernah dilupakan. KepadaNya tempat kita berserah sebagai umatNya. Anggun mengangkat tangan memohon ampun dan berdoa kepada.
                  
                “Ya Allah .. kepadaMu aku berserah dan memohon ampun.Kalau ini jodoh ku ,Engkau tunjukkan lah jalannya,aku redha dengan ketentuanMu dan kalau ini bukan jodoh ku, Engkau reda hatiku yang kusut ini. Aku redha dengan dugaan yang diberikan. Ampun segala dosa-dosa ku, ibubbapa ku dan orang-orang yang aku sayangi .Tabah hatiku menerima segala dugaan dariMu. Murahi rezeki untuk aku dan orang yang dekat denganku. Amin ya-rabbal a’lamin..” Airmata Anggun mengalir dengan laju dipipi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 04:33 PM | Show all posts
lagi2..?mcm best je..hee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2012 04:54 PM | Show all posts
Reply 8# tasha19


   thanks tasha19 .. insyaallah akan sy sambung ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2012 05:03 PM | Show all posts
Usai solat Anggun ke dapur untuk menyediakan minum petang.Babah akan pulang sebentar lagi.Anggun mengambil pisang yang masak ranum didalam peti ais untuk membuat cokodok pisang kerana babah paling suka cokodok buatannya Menurut Babah cokodok buatannya  presis seperti buatan Ummi. Kedengaran suara Ummi memberi salam diselangi suara Babah.
                     
         Babah dan umi menarik kerusi meja makan sambil mengibas dengan tangan kanannya kerana kepenatan. Anggun  menuangkan air teh panas dan sepinggan cokodok dihadapan umi dan babah serta dia menarik kerusi duduk bersebelahan dengan babah.
                  
           “Babah dengan umi dari mana?”Tangannya mencapai cokodok sambil memasukkan kedalam mulut. Babah menghirup air teh panas yang berada dihadapannya . Muka Pakcik Munir kelihatan kemerah-merahan kerana disimbahi cahaya matahari yang terik.
                 
              “Umi dari rumah Kak Siti.Umi jumpa babah kat depan tu dan kami pulang bersama-sama.”Anggun mengangguk-angguk kepalanya.
                  
             “Anggun …dah fikir apa yang umi cakapkan?” Makcik Ummu memandang tepat muka Anggun. Bukan niat hati untuk memaksa Anggun tetapi apa yang dia lakukan untuk kebahagian Anggun juga.
                    
              Anggun menggeleng-geleng kepalanya.Pakcik Munir memandang Anggun penuh simpati. Dia tahu yang Anggun susah untuk menerima orang lain dalam hidupnya dalam masa terdekat. Walaupun anaknya itu seorang yang peramah dan cepat mesra.
                  
              “Apa yang Anggun tunggu lagi ? Auntie Aisya asyik tanya umi.” Makcik Ummu memandang Anggun pinta jawapan.Harap-harap anaknya akan bersetuju dengan pinangan ini kerana anaknya sudah menolak beberapa pinangan dahulu.Dia tidak mahu anaknya menjadi andartu dan menjadi buah mulut orang kampong.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2012 05:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by samiramieya at 6-2-2012 17:19

Anggun memandang umi meminta simpati namun umi buat endah tak endah saja.Pakcik Munir menggeleng-geleng kepala melihat gelagat dua-beranak dihadapannya. ‘Dua-dua keras kepala.’Fikir Pakcik Munir dalam hati.Malas rasanya mahu masuk campur kerana dia tidak mahu memanjangkan masalah yang dihadapi oleh anak kesayangannya itu.Dia tahu kalau dia masuk campur pasti masalah ini akan lebih panjang dan isterinya pasti tidak akan mengalah. Dia kenal benar perangai isterinya. Apa yang patut buat sekarang, hanya berdoa semoga salah seorang daripada mereka berlembut hati dan masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.  
                              
                “Umi tak boleh ke tolak pinangan nie?Anggun tak bersedia lagi .Anggun taknak jadi isteri yang derhaka nanti ,umi nak ke anak umi jadi isteri yang derhaka pada suaminya?”
                 
                Makcik Ummu mengangkat punggung dan berlalu pergi membiarkan pertanyaan daripada Anggun.Dia kesal dan sedih kerana anak yang dikasihi membantah cakapnya.Sampai bila anaknya itu hendak tunggu sedangkan umur semakin meningkat.Dia tidak mahu terus berada disitu kerana takut akan bertengkar lagi dengan anaknya.Lebih baik dia menghindarinya kerana itu lebih baik untuk kedua-dua pihak.
                  
              Anggun dan babahnya saling berpandangan.Dia merasa bersalah kerana telah membuat hati Ummi tersentuh dengan percakapannya sebentar tadi.Pakcik Munir mengeleng-geleng kepalanya. Tidak tahu yang mana satu harus dia sebelahkan kerana dua-dua keras kepala. Walaupun anaknya keras kepala tapi hati Anggun  akan lembut apabila melihat mereka sedih.
                  
               Itu membuat dia bersyukur mempunyai anak seperti Anggun dan sikap Eira anak bongsunya lain benar daripada kakaknya. Eira lebih pentingkan perasaan sendiri daripada perasaan orang lain. Apa yang dia tidak mahu pasti dia akan memprotes dan akan membantah habis- habisan. Walaupun jarak umur mereka berada hanya 1 tahun lebih sahaja. Eira lebih degil daripada Anggun dan sebagai kakak Anggun banyak mengalah dan banyak berkorban demi keluarga. Walaubagaimana pun anak-anaknya tidak pernah membuat mereka susah-hati malah tidak pernah memalukan mereka sebagai ibu-bapa.
                  
               Walaupun kehidupan mereka sederhana namun dia merasa bangga mempunyai anak-anak yang baik dan isteri yang penyayang walaupun sedikit tegas.Rumah-tangga mereka bahagia dan sudah mencecah 30 tahun.Sejak akhir-akhir ini isterinya selalu merungut kerana orang-orang kampong mengumpat tentang anak-anaknya yang masih membujang. Eira sudah berpunya tetapi dia berkeras mahu melihat kakaknya berkahwin dahulu daripadanya. Apabila mendapat tahu yang keluarga Jazman ingin melamar Anggun, isterinya yang paling gembira kerana kutukan orang kampong terhadap anaknya yang sulung tidak laku akan reda.Sebagai ayah, dia mahu Anggun mengerti perasaan Ibu yang mahu melihat anak-anaknya hidup bahagia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 06:16 PM | Show all posts
cinta lps kawin...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2012 07:13 PM | Show all posts
Reply 12# sejuk


   ea ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2012 09:05 PM | Show all posts
“Babah … apa yang harus Anggun lakukan ? Anggun tak nak sakitkan hati umi tapi Anggun tak dapat menerima pinangan ini.” Tangan kanan Pakcik Munir mengusap lembut kepada Anggun dan tersenyum memandang kedalam mata anaknya yang kemerah-merahan selepas menangis.
                    
                 “Anggun… lakukan solat istiqarah dan banyak-banyak berdoa.Babah tahu Anggun anak yang mendengar  kata tapi Anggun kena jaga perasaan umi kerana umi selalu bimbang akan Anggun. Biasa la kalau anak dara yang terlanjur usia pasti ibu-bapanya akan merasa bimbang dan menjadi buah mulut orang-orang kampung. Itu memberi tekanan pada umi. Anggun fahamkan perasaan umi?” Pakcik Munir menarik nafas sebelum menyambung perbicaraannya.
                 
              “Apabila Uncle Jazman membuka mulut untuk menjadikan Anggun sebagai menantu keluarga mereka, babah lihat umi,orang yang paling gembira. Babah minta maaf kerana tidak mempertahankan Anggun ketika bertelagah dengan umi tadi. Babah taknak umi berkecil-hati kerana umi beria-ia ingin melihat Auni naik pelamin sebelum dia menutup mata.”Airmata Anggun mengalir dengan pantas.Dia tidak dapat menahan sebak apabila mendengar pengakuan daripada Babah tentang hajat umi untuk dirinya. Dia mengangguk-angguk kepalanya.
                 
                “Tapi Babah … kenapa umi tak jodohkan Eira dengan anak Auntie Aisya dan kenapa Anggun yang terpaksa berkorban untuk semua nie?” Tangannya tidak berhenti-henti menyapu airmata yang mengalir dipipi.Pakcik Munir mendengus kecil.
                  
                “Anggun kan kakak jadi umi lebih risaukan Anggun.Lagipun Auntie Aisya benar-benar sukakan Anggun dan dia nak Anggun yang menjadi menantu sulung mereka. Anggun ingat tak ? Anggun  pernah tolong mereka dulu dan sejak dari hari tu Uncle Jazman dan Auntie Aisya sukakan Anggun.Mereka berniat ingin menyunting Anggun menjadi menantu mereka.Mereka sayangkan Anggun dari segalan-galaya dan mereka percaya Anggun akan menjadi menantu dan anak perempuan untuk mereka sekeluarga.Anggun sendiri tahu yang Eira sudah ada teman hidup kan?”Anggun mengangguk-angguk kepalanya dan tersenyum kelat.
               
              Anggun teringat kembali saat-saat dia menolong Uncle Jazman dan Auntie Aisya. Ketika itu dia baru pulang daripada kerja dan dia terserempak dengan mereka berdekatan jalan raya berhadapan dengan rumahnya.Kereta yang mereka naiki kehabisan petrol dan baru datang dari Kuala Lumpur untuk melancong ke Langkawi.Melihat muka Auntie Aisya yang keletihan ketika itu membuat hatinya  merasa simpati.Dia mempelawa mereka berehat dirumahnya sementara menunggu esok pagi untuk membeli petrol kerana ketika itu sudah lewat malam dan semua shell sudah tutup.Sejak pertolongan yang diberi tidak seberapa membuat Uncle Jazman sekeluarga terhutang budi dan menjadi semakin rapat.Jika mereka datang ke Langkawi pasti rumah Anggun menjadi tempat persinggahan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 09:12 PM | Show all posts
next n3...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2012 09:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by samiramieya at 7-2-2012 12:36

Pakcik Munir menghirup air teh yang sejuk kedalam mulut.Tangannya mencapai cokodok yang berada didalam pinggan dihadapannya.
              
              “Babah harap Anggun faham tujuan umi menyuruh Anggun menerima pinangan nie ? Ibu mana yang tidak mahu melihat anak kesayangan mereka bahagia dan kerna itu umi menyuruh Anggun menerima pinangan nie.Umi tahu yang Uncle Jazman sekeluarga orang yang baik-baik dan Anggun bertuah menjadi sebahagian dari keluarga mereka. Mereka boleh menjaga Anggun seperti mana babah dan umi menjaga Anggun. Babah tau yang anak babah boleh harungi masalah ni dengan tenang dan boleh jadi isteri yang solehah terhadap suaminya.” Sekali lagi airmata Anggun berlinangan. Terlalu tinggi kepercayaan babah terhadapnya.
                     
                 “Anggun perlukan sokongan dan doa daripada babah.”Anggun segera memeluk babahnya dengan erat.Baru dia tahu betapa beratnya yang perlu ditanggung oleh ibu-bapa menjaga anak dara yang belum bertemu jodoh apabila umur sudah meningkat.Begitu perit apabila mendengar bualan orang-orang kampong.
                     
                Anggun bertekad untuk meringan beban yang ditanggung oleh kedua orang tuanya.Dia akan menerima lamaran itu dengan secepat mungkin.Walaupun rumahtangganya nanti akan dilanda badai tanpa cinta namun dia akan membuang ketepi masalah itu.Apa yang penting kebahagiaan kedua orang tuanya terutama Ummi yang mengharapkan dia berumah-tangga.
                    
               “Terima kasih babah kerna sedarkan Anggun.Anggun akan dengar cakap umi dan babah mulai saat ni.Anggun nak babah dan umi gembira aje dan kebahagiaan babah dan umi , kebahagiaan Anggun juga.Babah maafkan Anggun ya?”Hatinya sedikit reda mendengar nasihat daripada babahnya.
                    
               Anggun mencium kedua belah tangan Pakcik Munir.Pakcik Munir mengangguk-angguk sambil mengusap pipi anak kesayangannya itu.Hatinya sedikit tersentuh.Anggun sanggup menerima pinangan itu demi mereka.Restu daripada mereka pasti rumah-tangga anaknya akan bahagia dan kekal selamanya dan itu yang dia selalu doakan untuk anak-anak tersayang.
                  
                “Pergi pujuk umi dan Babah pasti hati umi akan reda kalau Anggun pujuk dia.”Anggun memandang Babahnya sambil terukir senyuman dibibir.Pakcik Munir membalas senyuman dan mengenyitkan mata kepada anak kesayangannya itu.
                    
               Anggun meminta diri dan berjalan masuk kedalam bilik untuk mendapatkan Makcik Ummu. Rasa bersalah menyelubungi hatinya kerana telah membuat umminya merajuk dan terasa hati dengan pertelingkahan sebentar tadi. Anggun mendapatkan Makcik Ummu yang sedang membelakangkan badannya menghadap pintu.Kelihatan Makcik Ummu termenung jauh memandang ke luar rumah dan bersyukuri betapa uniknya ciptaan Allah. Anggun memeluk umminya sambil mencium pipi dan memohon maaf.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2012 08:31 AM | Show all posts
x pe ANGGUN kuatkan semangat tau...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 09:57 AM | Show all posts
Reply 17# shahrinas


   insyaallah ...pasti anggun kuat tapi anggun nie kelakar orgnya..hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 12:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by samiramieya at 8-2-2012 12:28

“Umi..Anggun minta maaf dan Anggun dah fikir masak-masak akan menerima pinangan daripada Auntie Aisya.” Makcik Ummu tercengang mendengar kata-kata daripada Anggun.Hatinya merasa senang dan bersyukur kerana doanya sudah dimakbulkan.

                  ‘Ya Allah ..terima kasih kerna Kau sudah makbulkan doaku dan membuka hati anakku.amin’ Hati kecilnya berdoa.
                     
               “Anggun Dahlia Saffiya, betul ke apa yang umi dengar nie?”Anggun  mengangguk-angguk kepalanya.Dia tahu pasti uminya sedang gembira sekarang kerana umi kalau gembira dan marah pasti akan menyebut namanya dengan penuh tanpa nama singkatannya.  Makcik Ummu memeluk Anggun dengan erat dan mencium kedua belah pipinya. Dia sedikit lega kerana umminya tidak marah dan merajuk lagi.
                     
                 “Umi akan sampaikan khabar gembira nie kat Auntie Aisya.Tentu dia, orang yang paling gembira sekali.” Anggun senyum dan berlalu pergi menuju ke bilik membersihkan diri untuk menunaikan kewajipan sebagai hambaNya.
                     
                  Walaupun hatinya tidak dapat terima pinangan ini tapi demi orang tua yang tercinta dia terpaksa berkorban hati dan perasaannya.Walaupun hatinya kecewa tapi dia tidak mahu hati orang yang dia sayangi turut kecewa.Dia akan berusaha menjadi isteri dan menantu yang baik.  Dia tidak mahu memalukan orang tuanya yang sentiasa menyayanginya.  Mungkin ini pengorbanan yang patut lakukan demi orangtua yang telah membesarkanya dengan penuh kasih sayang.
                    
                 Selesai bersiap dan sementara menunggu waktu solat maghrib,Anggun mencapai telefon bimbitnya untuk memberitahu Erna tentang keputusannya. Kawan baiknya itu perlu tahu kerana Erna adalah orang yang sentiasa berada ketika dia memerlukan pertolongan.Nombor telefon bimbit Erna segera didail.Kedengaran suara milik Erna yang nyaring diluar talian.
                  
                 “Heloo..Assalamualaikum sahabatku yang tersayang.Ada apa cal aku maghrib-maghrib nie ?”
                    
                 “Waalaikumusalam..aku nak bagitau kat kau yang aku dah terima pinangan tu.”
                    
                  “Apa !!!!” terkejut Erna mendengar kata-kata daripada Anggun.Betulkah apa yang dia dengari ataupun dia tersalah dengar.Dia selalu pegang kata-kata Auni yang mereka tidak akan berkahwin dengan lelaki yang tidak mereka cintai tapi kini Auni yang melanggar perjanjian itu.
                    
                “Aduhhhh cik kak oiii …bengit telinga aku dengar suara kau yang dah macam pontianak mengurai!”Anggun menggosok-gosok telinga dan menjauhkan sedikit telefon bimbit daripada telinganya.Kedengaran Erna ketawa terbahak-bahak.
                  
              “Sory-sory Makcik …aku terkejut aje.Kau dah buat keputusan dan kau dah lupa ke prinsip yang kau buat untuk kita?”
                  
              Anggun terkenang kembali kata-katanya kepada Erna.Mereka tidak akan berkahwin dengan lelaki yang mereka tidak cintai tetapi sekarang dia yang melanggar prinsip itu. Mungkin ini sudah takdirnya dan dia harus pasrah.
                 
                “Aku tahu yang aku dah langgar prinsip kita tapi aku buat semua nie untuk kegembiraan orang tua aku. Aku harap kau akan sokong aku dalam hal nie? Erna..kau la kawan yang sentiasa faham aku.”
                  
               Hatinya sebak.Airmatanya kembali mengalir dan segera dia menyapu.Dia mahu kawannya itu faham dengan keputusan yang telah diambil.Semua untuk kebahagiaannya juga dan dia pasti ada cahaya diakhirnya nanti.
                  
                  Erna menggeleng-geleng kepalanya.Kawannya itu hanya penting perasaan orang lain daripada perasaan sendiri.Kalau itu keputusan yang terbaik dan sebagai kawan, dia akan sentiasa sokong keputusan itu.
                     
              “Aku akan sokong apa jua keputusan yang kau ambil.Aku gembira kalau kau bahagia. Aku nak jadi pengapit kau boleh ?kegembiraan kau ,kegembiraan aku juga kan?”
                       
               Anggun sedikit ketawa.Dalam duka kawannya pandai menghiburkan hatinya dan kerana itu dia terlalu sayang  Wan Erna  Emelda Suraya .Nama yang cukup unik seperti orangnya yang baik hati dan perangai yang gila-gila.Auni tersengih sendirian apabila teringat gelagat kawannya itu.
                     
               “Amboiii kau Erna … aku baru setuju dengan pinangan nie tapi kau dah tempah nak jadi pengapit aku pulak,apa kes nie ? kau pun tak sabar nak kahwin ke?orang dulu kata kalau jadi pengapit akan berjangkit daripada pengantin.” Erna ketawa terbahak-bahak.
                     
                 “Apasalahnya kan ? aku pun nak kahwin juga.Nanti kalau kau dah kahwin aku takde kawan lagi so aku pun nak juga ada teman yang ada disamping aku.Takde la aku sunyi kalau kau takde nanti .Kau doa-doa untuk aku juga ya?moga hubungan aku dengan Aiman Qusairi sampai ke jinjang pelamin…Amin..”
                  
                “Belum tentu lagi perkahwinan aku akan bahagia dan tak semestinya dia boleh jadi teman aku kalau aku ada masalah.Kau lain la coz Aiman Qusairi cintakan kau tapi aku belum tentu Jazmir Hariff cintakan aku?Mungkin dia juga sama seperti aku yang terpaksa berkorban demi orang tua ?”
                  
                  Sebak hati Erna memikirkan perjalanan hidup kawan baiknya tetapi baginya Allah Maha Adil dan Mengetahui.Mungkin masa depan hidup kawannya akan lebih bahagia berbanding orang yang saling mencintai kerana orang yang berkorban demi orang tua akan dipandang tinggi oleh Allah.
                  
              “Anggun … kita tak tahu apa akan terjadi dimasa depan kita kan? mungkin kau akan bahagia lebih daripada aku dan hanya Allah Yang Maha Mengetahui.Tak siapa yang tahu so jangan fikir yang bukan-bukan.Aku sentiasa berdoa supaya kau akan bahagia dengan syed Jazmir Hariff.Lambat-laun cinta tu pasti akan datang dengan sendirinya dan ketika tu pasti kau orang yang paling bertuah.”
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 08:38 PM | Show all posts
nak n3 lg ye...ngeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.090447 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list