View: 277|Reply: 0
|
Malaysia dijangka terus dominasi pasaran sukuk global
[Copy link]
|
|
MALAYSIA dijangka terus mendominasi pasaran sukuk global tahun ini diterajui penerbitan bon separa kedaulatan, terutama bagi membiayai infrastruktur dan projek dalam sektor minyak, gas, petrokimia dan pengangkutan.\rPenggerak utama adalah Projek Lebuh Raya Utara-Selatan Bhd (PLUS), anak syarikat milik penuh PLUS Expressways Bhd, pengendali lebuh raya bertol terbesar di Asia Tenggara dan adalah antara terbesar di dunia berdasarkan permodalan pasaran, yang baru-baru ini melancarkan program sukuk global terbesar bernilai RM34.35 bilion.\r\n\n\n\n\r PLUS Expressways adalah anak syarikat UEM Group Bhd, yang adalah anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd, yang aktif dalam pasaran sukuk di dalam dan luar negara. Ia sebelum ini menjana dana menerusi mata wang tempatan di Singapura (S$1.5 bilion) dan China (RMB500 juta).\r\r\n\n\n\n\n “Pasaran sukuk dalam dominasi ringgit akan terus mendominasi penerbitan mega bagi membiayai pembangunan dan program infrastruktur tahun ini.\r“Jumlah terbitan sukuk baru di Malaysia bagi 2012 dijangka berlegar antara RMRM60 bilion hingga RM90 bilion, mewakili 70 peratus penerbitan sukuk global tahun ini,” kata penganalisis kepada Berita Harian, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\rMalaysia membentuk 60 peratus daripada jumlah terbitan sukuk global tahun lalu, kebanyakannya dilanggan oleh pelabur institusi.\rAntara projek lain yang akan dijana menerusi penerbitan sukuk tahun ini ialah projek Transit Aliran Massa (MRT) yang menyasar menjana sehingga RM25 bilion, sebahagiannya dijamin kerajaan.\r\n\n\n\rBeliau berkata, keupayaan negara menawarkan persekitaran kondusif serta kecacatan dalam dalam pembiayaan konvensional mewujudkan minat mendalam dalam model pembiayaan Islam.\rIni, katanya mendorong penerbit asing, khususnya dari negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) seperti Gulf Investment Corporation (GIC) dari Kuwait menjana dana tambahan daripada pasaran kaya kecairan seperti Malaysia dan ASEAN.\rAbu Dhabi National Energy Company (TAQA) pula Oktober lalu mengesahkan program sukuk di Malaysia bernilai RM3.5 bilion bagi mempelbagaikan sumber pembiayaannya.\r“Liberalisasi sistem kewangan Islam menyaksikan lebih ramai kehadiran peserta asing dalam sistem kewangan Islam ke negara ini,” katanya.\rSementara itu, HSBC Amanah Malaysia Bhd, anak syarikat perbankan Islam kumpulan HSBC Bank Malaysia, bercadang memperkenalkan sukuk inovatif bagi pelabur runcit tahun ini.\rKetua Eksekutifnya, Rafe Haneef, sebelum ini berkata ia adalah sebahagian daripada usaha bank itu mengekalkan kedudukannya sebagai penerbit sukuk utama.\rBeliau berkata, pelancaran itu bertujuan agar pelabur runcit boleh berkongsi bahagian pelaburan dalam sukuk.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|