CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 280|Reply: 0

McLaren, PURE tiada kerjasama

[Copy link]
Post time 1-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: McLaren menolak dakwaan akan mengadakan kerjasama dengan pengeluar enjin terbaru Formula Satu (F1), PURE ketika tercetus spekulasi mengenai siapa pembekal enjin buat pasukan itu yang sebelum ini dijana Mercedes.\r“McLaren sudah beberapa bulan tidak berhubung dengan PURE,” kata jurucakap McLaren. “Lebih daripada itu, kali terakhir kami berjumpa bersama PURE beberapa bulan lalu, ia adalah secara tidak formal dan sekadar perjumpaan hormat.”\r\n\n\n\n\r   Akhbar sukan harian Itali, Gazzetta dello Sport melaporkan PURE yang diketuai bekas pengurus dan bos pasukan Jacques Villeneuve, Craig Pollock, diwarwarkan akan menjadi pengganti kepada Mercedes selepas mengeluarkan enjin turbo V6 1.6 liter yang akan diperkenalkan pada 2014.   \r\r\n\n\n\n\n   Bekas pemegang saham McLaren, Mercedes menjual pegangan mereka dalam pasukan itu sejak membeli pasukan juara 2009, Brawn GP dan mengubahnya kepada Mercedes GP, namun bersetuju untuk membekalkan enjin secara percuma kepada McLaren sehingga penghujung 2012 sebelum mengenakan bayaran yang dikatakan mencecah 8 juta euro (RM32 juta) setahun sehingga 2015. \rPengarah Urusan McLaren, Jonathan Neale berkata, ketika ini pasukan itu yang dipacu dua juara dunia, Jenson Button dan Lewis Hamilton (kanan) sedang fokus terhadap hubungan dengan Mercedes. – Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.044489 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list