|
Rajagobal akui tugas rampas juara Piala AFF Suzuki lebih mudahBAGAIKAN sedar hakikat misi mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki penghujung tahun ini lebih berat dan besar berbanding ketika misi merampas hingga dinobatkan juara buat pertama kali dua tahun lalu, Datuk K Rajagobal tidak mahu terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan.Langkah drastik yang diambil pengendali berpengalaman itu kini adalah memberi peluang kepada beberapa muka baru untuk merasai saingan pentas yang lebih tinggi di peringkat antarabangsa, sebelum membuat keputusan menyenaraikan pemain bagi tugasan getir itu, November depan.\n\n\n\n Menurutnya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih menunggu jawapan daripada Arab Saudi untuk mengadakan perlawanan persahabatan 24 Februari ini.\n\n\n\n\n “Saya akan cuba beri peluang kepada pemain baru untuk menunjukkan bakat mereka tapi satu perlawanan memang tidak cukup untuk menilai seseorang pemain itu.“Setakat ini hanya Filipina yang sudah memberikan maklum balas untuk mengadakan perlawanan persahabatan pada 29 Februari manakala Arab Saudi masih belum beri sebarang jawapan, namun ada tanda positif mereka berminat menentang kita,” katanya.Untuk masa terdekat ini, skuad kendali jurulatih 56 tahun itu akan berpeluang menguji skuad Liga Super Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.“Kami terikat dengan kalendar FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa), jadi kami tidak boleh mencari pasukan lain sebagai ganti sekiranya Arab Saudi membatalkan hasrat menentang Malaysia.\n\n\n“Tapi untuk perlawanan dengan Kelantan malam esok (malam ini), saya tidak dapat menggunakan beberapa pemain Tentera kerana mereka terbabit dalam perlawanan Liga Perdana menentang Pahang Jumaat ini,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|