|
Tesco Stores komited bantu kerajaan modenkan kedai kecil TESCO Stores (Malaysia) Sdn Bhd komited untuk membantu kerajaan memodenkan perniagaan runcit di negara ini menerusi Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), yang dijangka mampu menjana pertumbuhan ekonomi.\rKetua Eksekutifnya, Sung-Hwan Do, berkata Tesco amat berbesar hati dapat membantu pemilik kedai runcit kecil untuk beroperasi dengan lebih baik dan setakat ini, mengubah wajah 101 kedai seluruh Semenanjung Malaysia di bawah program itu.\r\n\n\n\n\r Bercakap kepada Bernama selepas pelancaran semula Pasar Mini Harvest Packaging, iaitu antara peserta di bawah program TUKAR, kelmarin, Do berkata, Tesco akan mengubah wajah 100 lagi kedai tahun ini.\r\r\n\n\n\n\n Pelancarannya disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.\rProgram TUKAR dimulakan untuk membantu kedai kecil meningkatkan daya saing mereka menerusi penggunaan teknologi moden. Ia juga menggalakkan pemindahan pemilikan daripada generasi lama kepada generasi baru.\rSementara itu, Pengarah Hal Ehwal Korporat dan Kerajaan Tesco, Azlam Shah Alias, berkata pasar raya besar itu melabur RM150,000 untuk transformasi perintis membabitkan dua kedai di Shah Alam dan Puchong.\r\"Ini adalah kali pertama di dunia, yang mana pasar raya besar membantu mentransformasikan perniagaan kecil. Ia tidak pernah dilakukan di mana-mana juga di dunia,\" katanya.\r\n\n\n\rBeliau berkata, Tesco memperuntukkan lebih 100 kakitangannya untuk program TUKAR, yang mana mereka bertindak sebagai perunding dengan pekedai runcit dari segi reka letak kedai, rangkaian produk, tempat peraga serta latihan untuk pengurusan operasi kedai moden.\r“Transformasi ini amat berjaya sekali sehinggakan semua kedai yang menyertainya mencatatkan purata pertumbuhan 40 peratus dari segi pendapatan.\r\"Sebuah kedai di Gombak mencatatkan pertumbuhan jualan 94 peratus. Pemiliknya begitu gembira melihat kedainya begitu moden dan mudah diakses. Hasilnya, ia mencatatkan peningkatan dalam kekerapan dan pembelian pengguna,\" tambahnya.\rPemilik Pasar Raya Harvest Pac-kaging, Jessica Wong, berkata tiga bulan selepas kedainya dibuka semula, ia mencatatkan kenaikan 30 peratus dalam aliran pengguna dan lonjakan 60 peratus untuk jualan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|