CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 167|Reply: 0

BSN sasar pertumbuhan RM1b

[Copy link]
Post time 30-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BANK Simpanan Nasional (BSN) menyasarkan pertumbuhan simpanan bersih sebanyak RM1 bilion bagi Sijil Simpanan Premium (SSP) dan SSP Edisi Khas, tahun ini.\rKetika ini jumlah simpanan SSP dan SSP Edisi Khas adalah RM1.6 bilion membabitkan 1.6 juta pelabur.\r\n\n\n\n\r  Naib Presiden Kanan dan Ketua Jabatan Kewangan BSN, Frederick Siew Kin Meng, berkata pihaknya akan melaksanakan pelbagai promosi untuk menarik masyarakat terutama bukan Bumiputera menyertai kedua-dua produk itu.\r\r\n\n\n\n\n  “Kami dapati pelabur bukan Bumiputera kurang melabur dalam SSP kerana berpendapat ia hanya untuk Bumiputera.\r“Justeru, bagi menarik lebih ramai pelabur terutama bukan Bumiputera, BSN akan menganjurkan promosi sehingga Mac depan untuk memberi peluang kepada yang berminat mengetahui lebih lanjut kelebihan menyimpan dalam SSP, termasuk SSP Edisi Khas,” katanya selepas perasmian Majlis Cabutan SSP BSN 2012 oleh Ketua Eksekutif BSN, Datuk Adinan Maning di Queensbay, Georgetown, semalam.\rMengulas kelebihan SSP Edisi Khas, Frederick Siew berkata, produk itu berlainan daripada SSP kerana menawarkan kadar dividen yang pasti memikat pelabur.\rSSP Edisi Khas yang dilancarkan Oktober tahun lalu menawarkan kadar dividen masing-masing dua dan 2.3 peratus setahun bagi simpanan minimum RM1,000 dengan tempoh matang enam bulan dan simpanan minimum RM3,000 dengan tempoh matang 12 bulan.\r\n\n\n\r“Penyimpan SSP, termasuk SSP Edisi Khas  berpeluang memenangi  60 kereta mewah dan hadiah bernilai RM14 juta  sepanjang tahun dengan 29 kali cabutan,” katanya.\rSementara itu, BSN menawarkan hadiah khas baru, iaitu  Audi A5 2.0 bernilai RM320,000 bagi cabutan SSP Penyimpan Terbanyak untuk 2012. \rKereta mewah itu adalah tambahan kepada kereta mewah Mercedes-Benz E200 CGI, Mercedes-Benz C200 EL, BMW 320i dan BMW 520i yang ditawarkan ketika ini.\rBSN menyediakan 37,000 hadiah  tahun ini  berbanding 30,000 tahun lalu termasuk jongkong emas, barangan kemas, pakej umrah/pelancongan, motosikal, barangan elektronik dan baucar beli-belah.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.036499 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list