|
Beri laluan rakan kutip mata untuk ke Olimpik LondonTEKA-TEKI sama ada China menyenaraikan Lin Dan beraksi di pusingan kelayakan Piala Thomas-Uber di Macau dari 13 hingga 19 Februari ini akhirnya terjawab apabila bintang sensasi itu disisihkan daripada pasukan Naga Merah.\n\n\n\n Sebaliknya, China yang sudah layak ke pusingan akhir atas tiket juara bertahan dan tuan rumah Mei depan menyenaraikan bintang nombor dua, Cheng Long mengetuai senarai pemain perseorangan diikuti Chen Jin, Du Pengyu dan Wang Zhengming.\n\n\n\n\n Ketua jurulatih negara, Rashid Sidek bagaimanapun menegaskan tindakan China mengetepikan juara dunia empat kali dan pemenang emas Sukan Olimpik 2008 itu bukan satu kejutan kerana sudah menduga sejak awal negara Tembok Besar itu akan berbuat demikian.“Mereka mahu tiga wakil beraksi di Sukan Olimpik Julai depan. Jadi, dengan kedudukan Lin Dan sudah terjamin ke Olimpik, sudah tentu mereka mahu Cheng Long dan Chen Jin mengukuhkan kedudukan masing-masing kerana pusingan kelayakan ini turut menawarkan mata ke temasya berprestij itu.“Ini adalah strategi mereka beraksi di pusingan kelayakan ini walaupun mereka sebenarnya tidak perlu berbuat demikian kerana sudah layak ke pusingan akhir secara automatik atas tiket tuan rumah dan juara bertahan,” katanya.Berdasarkan peraturan, sekiranya sesebuah negara memiliki tiga pemain berada di kelompok empat teratas dunia, mereka boleh menyenaraikan tiga wakil maksimum di Sukan Olimpik dan China jelas mahu menggunakan kelebihan itu dengan Chen Long dan Chen Jin kini berpeluang menemani Lin Dan kerana masing-masing menduduki ranking ketiga dan kelima dunia.\n\n\nRashid juga menegaskan dia juga sudah menjangkakan senarai pemain perseorangan yang akan mengibarkan cabaran Korea Selatan, Jepun, Indonesia, Thailand dan Taiwan yang menjadi pencabar kepada skuad negara dalam memburu empat tiket ke pusingan akhir.Andai skuad negara yang diterajui pemain nombor satu dunia Lee Chong Wei gagal melepasi halangan pusingan kelayakan ini, ia bakal mencatat sejarah hitam badminton negara apabila pertama kali gagal mara sejak format baru piala berprestij ini diperkenalkan pada 1984.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|