CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 228|Reply: 0

Nikita kalis gosip

[Copy link]
Post time 21-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KERAP diasak pelbagai gosip panas sepanjang 2011 mematangkan gadis berusia 18 tahun yang sedang popular dengan watak Amira menerusi sinetron, Putri Yang Ditukar siaran TV3 ini menangani perjalanan hidupnya.\rNikita Willy menjadikan pengalaman sebagai guru terbaiknya, tanpa pernah menyesali laluan berliku yang terpaksa ditempuhinya sepanjang tahun lalu.\r\n\n\n\n\rMenerima setiap dugaan dan ujian yang diberikan Tuhan mempunyai hikmah tersendiri, gadis kelahiran Jakarta, Indonesia bernama lengkap, Nikita Purnama Willy ini memilih untuk menjalani hidup seadanya.\r\r\n\n\n\n\nEnggan membiarkan dirinya didesak untuk menggapai sesuatu yang berada di luar kemampuan, Nikita santai menikmati zaman remajanya tanpa perlu dibebani keinginan melampau.\r“Saya tidak mempunyai apa-apa resolusi, cuma berdoa segala yang dicita-citakan tercapai dan lebih baik berbanding tahun sebelum ini.\r“Saya selalu mensyukuri setiap perjalanan yang dilewati, sama ada baik atau buruk pasti ia mempunyai hikmah dan pengajaran yang tersendiri,” kata gadis yang mengukir nama sebagai pelakon sejak usia tujuh tahun itu.\rBintang sinetron kelahiran 29 Jun 1994 ini sempat digempur dengan kontroversi dibuang sekolah pada permulaan 2012. Gosip itu timbul apabila Nikita dilihat lebih mengutamakan karier lakonannya berbanding penggal persekolahan yang baru bermula. \r\n\n\n\rNikita bagaimanapun menafikan hal itu, sebaliknya memberitahu dia belajar secara persendirian sejak November tahun lalu di bawah pengawasan Ketua Dewan Pembina Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas PA), Seto Mulyadi.\rDia yang sebelum ini bersekolah di SMA 3 Setiabudi, Jakarta Selatan menegaskan, prestasi pelajarannya tidak pernah terjejas meskipun sering diburu kesibukan.\rBagaimanapun, langkah untuk belajar sendiri terpaksa diambil kerana jadual hariannya yang terlalu padat dengan penggambaran sinetron menyukarkan dia memenuhi segala tuntutan sebagai seorang pelajar.\r“Mahu atau tidak saya memutuskan untuk mengundur diri dari sekolah itu. Keputusan ini dibuat atas persetujuan bersama kedua orang tua saya.\r“Penggambaran sering berlanjutan sehingga jam 3 pagi, sedangkan jam 6.30 pagi saya sudah harus bangun dan bersiap ke sekolah.\r“Bayangkan hanya beberapa jam saya berkesempatan melelapkan mata. Jika kurang tidur, bagaimana otak saya mahu menerima apa yang diajar kerana saya tidak mampu memberi tumpuan.\r“Akhirnya saya memilih untuk bersekolah di rumah. Selain waktu pembelajaran yang disesuaikan dengan jadual penggambaran, saya juga dapat menumpukan perhatian kerana tidak lagi perlu berkejar-kejar,” katanya yang turut popular dengan sinetron, Safa Dan Marwah.\rNikita berharap 2012 akan membawa pelbagai kejutan dalam karier seninya, selain diberikan peranan mencabar yang menguji kemampuan sebenarnya sebagai seorang pelakon.\rBosan kerap diberikan watak hampir sama, gadis berdarah Minang ini teruja apabila dituntut menyanyi dan menari dalam sebuah sinetron yang bakal menjalani penggambaran.\r“Saya mahukan sesuatu yang berbeza. Biarpun sulit kerana tidak pandai menari, saya mencabar diri dengan menjalani latihan,” kata gadis yang kembali menjadi buruan media gara-gara rapat dengan pemain bola sepak muda, Diego Micheils.\r‘Usah campur hal peribadi saya’\rMASIH berbekas dalam ingatan ramai kemesraan dipertontonkan Nikita dan Bara Tampubolon selepas beberapa foto mereka berhibur di sebuah kelab malam tersebar menerusi laman maya. Bara sendiri pernah menghadiahkan Nikita cincin dan kalung ketika pelakon itu menyambut ulang tahun kelahirannya tidak lama dulu.\rBagaimanapun kemesraan itu cuma bertahan setahun dan Disember lalu, Nikita dan Bara mengambil keputusan mengakhiri cinta mereka. Diego Michelis dikatakan punca kepada keretakan hubungan mereka. Biarpun pada permulaan enggan mengambil peduli apa diperkatakan teman-temannya, Bara akhirnya akur kecurangan Nikita hingga memaksa mereka memilih haluan masing-masing. \r“Itu urusan peribadi, jangan berterusan saya ditanya dengan soalan itu,” kata Nikita yang rimas menjadi buruan media yang ingin mendapatkan kepastian mengenai punca perpisahan mereka.\rNikita juga menjelaskan, ketika ini dia memilih untuk menumpukan perhatian kepada karier dan enggan masalah peribadinya terlalu digembar-gemburkan hingga mengalihkan tumpuan khalayak terhadap kerjaya lakonannya.\r“Saya tidak mahu bercakap mengenai perkara peribadi. Banyak soalan lain boleh diajukan. Apabila tiba masanya saya berbicara mengenai hal itu, tetapi bukan sekarang,” katanya juga dilihat tenang tatkala cerita kecurangannya dengan Deigo diperbesarkan sebagai punca hubungan cintanya dan Bara yang terjalin selama setahun berakhir dengan perpisahan.\r“Terserah mahu bercakap apa saja kerana saya masih sendiri, yang lain itu sekadar teman biasa. Salahkah saya bergambar dan berbual dengannya? Kasihan Deigo yang bingung dengan berita yang diputar belit sebegitu. Kami tiada apa-apa hubungan mesra. Biarlah saya sendiri dulu,” tanya Nikita yang enggan membiarkan dirinya larut dalam permasalahan itu.\rInfo\rNama Lengkap: Nikita Purnama Willy\rTarikh Lahir: 29 Jun 1994\rAsal: Jakarta, Indonesia\rFilem: Bestfriend?, MBA (Married By Accident) dan Tertipu Laris Manis\rSinetron: Doa Membawa Berkah, Tiga Orang Perempuan, Bidadari 2 & 3, Bulan dan Bintang, Senyuman Ananda, Pengantin Kecil, Setinggi Bintang, Indahnya Karunia-Mu,  Roman Picisan, Cookies, Cinta Dan Anugerah, Nikita, Misteri Olga dan Putri Yang Terbuang\rTelemovie: Mak Comblang Jatuh Cinta, Ratu Cinta Kilat, Good Boy vs Good Girl, Pacar Yang Lupa Punya Pacar, Kalau Desi Kesandung Cinta, Cinta Rasa Ongol Ongol, Cantik-Cantik Juragan Ayam dan Namaku Katini Bukan Kartono\rIklan Komersial: Permen Milton, Citra Body Lotion, Pigeon, Choki-Choki, Bank BNI, Bank BII, Sunsilk, Hers Protex, Kia Picanto, Bank Muamalat, Nokia dan Epson

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.041750 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list