CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 282|Reply: 0

Filem Don 2 promosi nama negara

[Copy link]
Post time 20-1-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Penggambaran di ibu kota, Melaka dan Langkawi\rKERAJAAN Melaka berharap filem Don 2: The King Is Back yang dilakonkan oleh Datuk Shah Rukh Khan (SRK) dengan menggunakan latar belakang negeri ini dapat melonjakkan lagi nama Malaysia dan Melaka di peringkat antarabangsa, terutama dalam bidang pelancongan.\r\n\n\n\n\rKetua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, sejak memasuki pasaran sebelum sambutan Krismas lalu, filem itu yang ditayangkan secara serentak di 32 negara sudah berjaya mencatatkan kutipan RM33 juta sekali gus muncul ‘pecah panggung’.\r\r\n\n\n\n\n\"Sudah tentu kita turut gembira sebab penggambaran filem itu turut dilakukan di Melaka selain Kuala Lumpur dan Pulau Langkawi. Ini sedikit sebanyak dapat membantu mempromosikan nama ketiga-tiga tempat ini meskipun hanya 23 minit pertama tayangan.\r\"Saya belum menonton tapi difahamkan pembikin filem ini merakamkan penghargaan kepada Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia selain bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pengurusnya di Malaysia, Datuk Lorna Enan Muloon.\r\"Ini tentu sangat baik kepada perkembangan industri pelancongan Malaysia dan Melaka bagi jangka panjang,\" katanya selepas melawat bekas jurugambar televisyen RTM, Ahmad Janis yang sedang sakit tua di Serkam, Melaka.\rHadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad; Exco kerajaan negeri, Datuk Ghazale Mohamad dan Yang Dipertua Kelab Media Massa Melaka, Jaafar Neemat.\r\n\n\n\rSelain di sekitar Sungai Udang, Melaka, Kuala Lumpur dan Langkawi, filem Don 2: The King Is Back yang diarahkan oleh Farhan Akhtar ini turut mengadakan penggambaran di India, Switzerland dan Berlin, Jerman.\rFilem bernilai RM50 juta ini turut dibintangi beberapa pelakon terkenal seperti Priyanka Chopra, Lara Dutta, Boman Irani, Kunal Kapor dan Nawab Shah, selain bintang filem tanah air, Adiputra yang diberi peluang memegang watak seorang peguam.\rMengulas mengenai cadangan untuk membawa Shah Rukh Khan ke Melaka bagi tujuan mempromosikan filem itu di sini, Mohd Ali berkata, beliau masih menunggu maklum balas dari Lorna Enan.\r“Kita berhasrat menjemput beliau ke Malaysia dan tentunya ke Melaka sebagai lokasi bagi filem terbarunya dalam masa terdekat,” katanya.\rShah Rukh Khan sebelum ini pernah merakamkan penggambaran filem di pantai Tanjung Bidara menerusi filem One 2 Kar 4 pada 2001.\rPelakon kelahiran New Delhi ini mempunyai kaitan istimewa dengan Melaka apabila di anugerahkan pingat kebesaran Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena hari jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-70 pada 2008.\rIa adalah sebagai mengenang jasanya dalam bidang seni dan perfileman di peringkat antarabangsa, termasuk di Malaysia.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.308868 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list