CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

‘Federer perlu ambil serius aduan pemain’

[Copy link]
Post time 17-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MELBOURNE: Rafael Nadal memulakan Terbuka Australia dengan ‘membidas’ Roger Federer kelmarin, apabila menegaskan juara 16 kali Grand Slam itu perlu mengambil tindakan segera atas pertambahan jumlah aduan terhadap jelajah profesional.\rNadal sudah lama menyokong supaya jadual perlawanan diubah dan membayangkan di Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu, tindakan mogok tidak boleh diketepikan.\r\n\n\n\n\r   Pemain nombor dua dunia dari Sepanyol itu percaya, Federer, yang juga Presiden Majlis Pemain ATP, perlu memberi perhatian serius mengenai aduan pemain.\r\r\n\n\n\n\n   “Mudah untuk berkata saya tidak berkata apa-apa, semuanya positif dan saya kekal ‘lelaki budiman’ manakala yang lain diketepikan,” kata Nadal kepada media Sepanyol di sini ketika kejohanan Grand Slam pertama tahun ini bermula semalam.\r“Kami masing-masing mempunyai pendapat dan mungkin dia suka sirkit jelajah ini. Saya juga suka dan ia lebih baik daripada majoriti sukan. Tetapi tidak bermakna ia tidak boleh menjadi lebih baik dan perkara yang tidak baik, tidak boleh diubah.\r“Saya bercakap positif mengenai tenis kerana saya ada pengalaman yang tidak pernah saya termimpi dalam hidup saya, tetapi untuk menamatkan karier dengan kesakitan di seluruh tubuh badan bukanlah perkara positif.\r“Dia (Federer) boleh menamatkan kariernya dengan baik kerana dia mempunyai susuk tubuh istimewa. Tetapi tidak (Andy) Murray, atau (Novak) Djokovic atau saya.” – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.042692 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list