CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 154|Reply: 0

Ada pihak sabotaj konsert

[Copy link]
Post time 16-1-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Gandingan sulung Awie, Ella berjaya hiburkan peminatDALAM kehangatan sambutan terhadap Konsert Awie & Ella, Raja dan Ratu Rock, Hans Isaac selalu orang kuat Toll Order Productions merangkap penganjur terkilan apabila ada pihak cuba melakukan sabotaj dengan menempah banyak tiket tetapi tidak membuat tuntutan pada saat akhir.\rSituasi sama bukan hanya membabitkan persembahan yang berlangsung selama empat hari itu bermula 12 Januari lalu, malah setiap kali menganjurkan acara di Istana Budaya termasuk ketika Cuci The Musical (1&2), percubaan serupa turut dikesan hingga mengakibatkan mereka kerugian.\r\n\n\n\n\r“Kami dapati ada individu sengaja menempah hingga 100 tiket untuk beberapa persembahan supaya orang ramai menganggap tiket sudah habis dijual, sedangkan untuk konsert kali ini, hanya tiket berharga RM40, RM100 dan RM300 yang habis, manakala banyak lagi tempat duduk RM200 serta RM400 yang masih kosong.\r\r\n\n\n\n\n“Saya tidak mahu menuduh sesiapa kerana ia masih dalam siasatan, selain motif pihak berkaitan melakukan sabotaj. Namun keadaan seperti ini tidak akan melemahkan semangat kami,” katanya yang menegaskan percaturan mengetengahkan Awie dan Ella atas satu pentas cukup berbaloi.\rAkuinya sepanjang empat hari dengan enam set persembahan, sambutan peminat amat memberangsangkan malah pihaknya juga teruja menyaksikan kemantapan vokal serta aksi kedua-duanya yang belum pernah bergandingan dalam mana-mana konsert mega sebelum ini.\rSementara itu, intro lagu popular mereka, Baldu Biru membuka tirai persembahan dan lebih mengujakan ramai apabila raja dan ratu rock itu muncul dari ruang penonton di aras atas malah malam terus dihangatkan rangkaian lagu 1570, Teruja, Funky Monyet, Ala Amerika, dan Dua Insan yang disampaikan secara giliran.\rBukan hanya Awie yang memberikan persembahan mantap, Ella yang sudah mencecah usia 45 tahun juga tidak menghampakan apabila satu persatu lontaran vokalnya menggamit nostalgia zaman kegemilangannya hingga setiap lantunan membuatkan Panggung Sari bergema sorakan.\r\n\n\n\rSelain itu, antara lagu hit yang dibawakan sepanjang dua jam konsert berlangsung ialah Seribu Tahun, Malam Ini, Menyanyi Lalala, Tinggal Satu Peluru, Layar Impian, Tragedi Oktober, Permata Biru dan Bernafas Dalam Lumpur.\rNyata barisan pemuzik hebat seperti Ujang Exists (dram), Ujang (gitar), Fly (bes), Amir Feerza (perkusi), Kudin dan Jason Voo (keyboard) di bawah arahan muzik Edrie Hashim antara pemangkin hingga persembahan mega itu berakhir penuh dramatik lagi menghiburkan.\rAntara elemen lain yang ‘mencantikkan’ keseluruhan konsert ialah sentuhan buat pentas yang tidak sarat berkonsepkan \'ala futuristik\' yang mewujudkan aura rock, selain gaya manja Ella dan lawak spontan Awie yang bersahaja.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.050965 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list