Post Last Edit by 88karangan at 14-1-2012 11:37
Telefon bimbit sudah menjadi satu keperluan utama dalam kehidupan pelajar sehingga ada pihak yang menyarankan agar teknologi ini diharamkan penggunaanya di kawasan sekolah.
Jadi, apakah impak-impak negatif yang timbul daripada penggunaan teknologi ini.
Pendahuluan: Hampir semua pelajar mempunyai telefon bimbit kini. Kehidupan mereka sememangnya ditentukan oleh telefon bimbit mereka sehingga ada yang begitu taksub dengan teknologi tersebut dengan membawanya ke sekolah juga. Situasi ini telah menyebabkan beberapa pihak mengecam dan mahu teknologi ini diharamkan penggunaannya di kawasan sekolah dengan pelbagai alasan yang mampu meninggalkan kesan mendalam dalam diri seseorang itu. Jadi, apakah impak-impak negatif yang timbal menerusi penggunaan teknologi sebegini kepada pelajar?
................ ................ ................
Penutup: Konklusinya, penggunaan teknologi ini memang membawa impak negatif kepada pelajar di sekolah. Semua pihak terutama ibu bapa perlulah menasihati anak mereka daripada membawa telefon bimbit ini ke sekolah atau meminta mereka memastikan telefon bimbit mereka dipadamkan ketika berada di kawasan sekolah. Jika isu ini tidak ditangani dengan berkesan, penggunaan teknologi ini akan menjadi sesuatu yang biasa lalu menular dalam jiwa pelajar kita dan sukar untuk dikawal nanti. Remaja harus menjalani kehidupan yang normal dan bukan hanya bergantung kepada satu-satu teknologi sahaja.
88karangan.com |