CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 211|Reply: 1

Legasi P Ramlee

[Copy link]
Post time 10-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Najua bersembunyi di sebalik nama besar datuknyaWALAUPUN hampir empat dekad Tan Sri P Ramlee meninggal dunia iaitu pada 1973, tetapi semangatnya seolah-olah tidak hilang apabila darah seninya kini diteruskan pula cucunya, Najua Nasir. \n\n\n\nNajua adalah anak hasil perkahwinan Nasir P Ramlee dengan pelakon, Rashidah Jaafar. \n\n\n\n\n\nNasir pula adalah zuriat P Ramlee menerusi perkahwinannya dengan pelakon dari Indonesia, Junaidah Daeng Idris pada 1953. Nasir meninggal dunia pada 17 Disember 2008 pada usia 55 tahun. Lebih mesra dengan panggilan Najua, raut wajahnya memang macam datuk dan bapanya. Seorang yang ceria, mesra dan tidak kedekut melemparkan senyuman. Ketika ini dia sedang tekun mengikuti pengajian muzik dan lakonan di Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Walaupun tidak begitu dikenali seperti datuknya, dia tetap gembira dengan kehidupan serta kerjaya yang dikecapi kini. Walaupun darah seniman agung terkemuka negara itu mengalir dalam badannya, tetapi Najua tidak mahu memperbesar-besarkan perkara itu. Jauh sekali hendak menggunakan atau menumpang nama datuknya kerana menyedari P Ramlee adalah nama yang cukup besar dan sangat berat untuk dipikulnya. Biarpun meminati bidang seni, biarlah mengikut kemampuan dan menerusi usahanya sendiri. \n\n\n“Sekarang ini, di sebalik dunia lakonan saya juga terbabit dalam nyanyian. Saya banyak menjayakan persembahan nyanyian di kafe, restoran dan hotel. Dalam pada itu, saya mempunyai sasaran iaitu dalam tahun ini mahu mengeluarkan album. Lagu-lagu sudah pun ada dan projek ini sebenarnya ingin dijayakan dari tahun lepas lagi.“Saya memang minat menyanyi, malah bukan menyanyi saja, saya juga minat dalam dunia lakonan dan semua saja yang berkaitan dengan dunia seni. Saya mahu jadi insan seni yang serba boleh dan kalau boleh saya ingin seimbangkan semuanya. Saya buat apa saja yang mampu dan saya akui saya tidaklah terlalu menonjol, kehadiran saya pun bukan mahu mengejar populariti.“Tapi saya buat semua ini bukan sebab glamor tapi disebabkan saya memang datang daripada keluarga berdarah seni. Darah yang mengalir dalam badan saya pun adalah darah seni yang turun daripada datuk hinggalah kepada ibu yang mana mereka semua adalah insan seni. “Saya hanya meneruskan kehidupan saya dengan aktiviti seni yang diturunkan oleh mereka, dan sama sekali popular bukanlah perkara yang saya kejar. Saya selesa dengan hidup sebegini,” ujar Najua yang lantas menolak tanggapan  dirinya menumpang populariti datuknya.Tidak mengambil peduli sindiran negatif orang ramai, Najua mahu meneruskan legasi keluarganya dalam bidang ini dengan terus berkarya dan terus berkhidmat mewarnai industri tempatan dengan hasil seni yang lebih gemilang. Baginya sebelum dirinya tidak dikenali sebagai cucu P Ramlee sekalipun, dia masih boleh berjaya dalam bidang yang diceburi kerana rezeki ada di mana saja jika usaha yang letakkan adalah setimpal. Bakat Najua cukup terserlah dan memang diakui oleh penggiat seni seperti pengarah drama muzikal, Kampus iaitu Yusmal Ghazali yang memuji kredibiliti seni gadis ini di dalam drama arahannya itu.Kata Yusmal, Najua adalah pelapis berbakat yang mana dia berkemampuan menyanyi, menari dan berlakon dengan baik. Tapi bagi Najua pula, minatnya dalam seni memang lebih cenderung kepada teater dan pujian yang dilemparkan kepadanya adalah kerana usaha yang bersungguh-sungguh menjayakan pementasan ini. “Tidak dinafikan dunia teater sudah melahirkan ramai pelakon berbakat, tengok saja pelakon terkenal tanah air yang bakat mereka tidak dapat disangkal lagi iaitu seperti Zahiril Adzim dan Soffi Jikan,” kata Najua.Lakonan dan nyanyian Najua boleh ditonton menerusi muzikal Kampus yang disiarkan menerusi TVi (Saluran 180) pada setiap Sabtu, jam 8.30 malam. Najua melakonkan watak sebagai Fatin Ramlee, seorang yang periang dan sentiasa ceria bagaikan tidak mempunyai masalah serta sukakan cabaran, pada masa sama berbakat dalam segala aspek bidang seni. Selain Najua, Kampus juga dibintangi oleh Faralyna Idris, Diddy Hirdy, Aishah Hoo, Shark Radzuan dan Alif Kadim.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2012 12:36 PM | Show all posts
Najua Nadya Nasir



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.099571 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list