CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 215|Reply: 0

Analisis: Kenaikan jurang pendapatan isu sejagat

[Copy link]
Post time 2-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Sektor pendidikan  tangani ketidakseimbangan ekonomiISU mengenai jurang pendapatan sering mendapat perhatian dari segenap lapisan masyarakat susulan sebahagian besar masyarakat terdiri daripada pekerja yang menerima gaji dan upah yang mencorak perbelanjaan seharian bagi sesebuah isi rumah. \rSelain itu, pembentukan aset seperti rumah, kenderaan dan sebagainya juga bersandarkan kepada keupayaan pendapatan individu berkenaan. \r\n\n\n\n\r  Susulan itu, dalam menghadapi suasana ekonomi yang kian mencabar, ramai juga yang akan mengeluh lantaran daripada faktor seperti kenaikan harga barang serta prospek terhadap peningkatan di dalam pendapatan masing-masing. \r\r\n\n\n\n\n  Namun, apabila membicarakan isu ini, kecenderungan adalah memfokuskan masalah ini kepada negara kita saja. \rJika perbandingan dengan negara lain di buat, kecenderungannya juga menjurus kepada persepsi negatif terhadap negara kita sendiri. \rHakikatnya, masalah peningkatan jurang pendapatan adalah suatu isu sejagat, yang mana negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) dan Eropah juga didapati berdepan masalah sama, malah keadaan di negara itu telah meningkat ke tahap yang lebih tinggi.\rMenurut laporan OECD, purata pendapatan rakyat AS pada 2008 bagi kumpulan 10 peratus teratas adalah AS$114,000 atau 15 kali lebih tinggi berbanding golongan 10 peratus terendah yang mempunyai purata pendapatan AS$7,800. \r\n\n\n\rNisbah ini terus meningkat berbanding pada dekad 90an dan 80an iaitu pada kadar 12:1 dan 10:1. \rPerkara sama juga berlaku bagi negara seperti United Kingdom yang mempunyai nisbah perbezaan antara dua kumpulan pendapatan iaitu 12:1 pada 2008 berbanding 8:1 pada 1985. \rSelain itu, pekali Gini atau ‘Gini Coefficient’ yang mengukur tahap ketidakseimbangan di dalam agihan pendapatan menunjukkan negara ahli OECD menghadapi peningkatan di dalam ketidakseimbangan di dalam agihan pendapatan apabila bacaannya meningkat kepada 0.311 pada 2008 berbanding 0.296 pada 1995.\rLaporan ini juga memberikan beberapa syor bagi mengatasi masalah ini daripada terus berlanjutan. Walaupun begitu, syor yang dikemukakan bukanlah sesuatu yang baru atau suatu formula berlainan yang tidak pernah terjangkau oleh akal fikiran bagi pembuat dasar di negara kita sendiri. \rAntara saranan yang diberi oleh pihak OECD ialah pelaburan terhadap modal insan serta mewujudkan peluang pekerjaan bagi mengatasi masalah kemiskinan.\rJelasnya, isu ini telah pun menjadi teras di dalam pembentukan dasar ekonomi di negara kita. \rSebagai contoh, sektor pendidikan sentiasa mendapat perhatian khusus di dalam belanjawan negara yang di kemukakan setiap tahun. \rDalam Belanjawan 2012, peruntukan bagi sektor pendidikan dan latihan adalah sebanyak RM44 bilion dan mewakili 24 peratus daripada jumlah perbelanjaan mengurus pada 2012. \rSelain itu, secara perbandingan juga didapati perbelanjaan terhadap sektor pendidikan negara kita adalah antara yang tertinggi berbanding negara rantau Asia. \rBerdasarkan perangkaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), perbelanjaan kerajaan bagi sektor pendidikan adalah sehingga 4.8 peratus daripada nilai KDNK untuk tempoh 2006 dan 2009. \rAngka ini adalah lebih tinggi berbanding negara seperti Singapura (3.9 peratus), Thailand (4.3 peratus), Indonesia (2.4 peratus) dan Filipina (3.8 peratus). \rMeskipun begitu, ini bukanlah bermakna negara kita sudah berada di zon selesa. Sudah pasti usaha terhadap penambahbaikan terhadap sistem atau dasar pendidikan yang sedia ada perlu dipertingkatkan bagi memastikan jumlah pekerja mahir akan sentiasa bertambah dan sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup melalui gaji dan upah yang tinggi. \rOleh itu, isu mengenai peningkatan di dalam jurang pendapatan perlu dilihat dengan lebih objektif tanpa terlalu menekankan aspek negatif di dalam negara kita sedangkan masalah  dibahaskan adalah sesuatu  bersifat sejagat yang juga di hadapi oleh negara yang  mencapai status sebagai negara maju. \rPenulis adalah Penganalisis Ekonomi di Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC).

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.040982 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list