CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 231|Reply: 0

Ulasan pasaran: Pasaran kukuh tutup tirai

[Copy link]
Post time 31-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kegiatan perelok akaun lewat dalam saham wajaran tinggi tingkat bursaBURSA Malaysia kukuh semasa mengakhiri 2011 setelah pelabur membeli menjelang akhir tahun, kata peniaga.\rPendasar FTSE Bursa Malaysia KLCI ditutup pada kedudukan terbaiknya dalam tempoh sembilan bulan, dengan meningkat 24.04 mata atau 1.60 peratus kepada 1,530.73.\r\n\n\n\n\r  Ia dibuka 2.29 mata lebih tinggi pada 1,508.98 pada sebelah pagi.\r\r\n\n\n\n\n  Peniaga berkata, kegiatan memperelok akaun lewat dalam saham wajaran tinggi membantu menaikkan bursa bagi memastikan indeks penanda aras mengakhiri tahun ini melebihi 1,500.\rMinat terhad kepada saham dengan hasil yang tinggi dalam sektor perbankan, perladangan, teknologi dan pengguna.\rIndeks Kewangan melonjak 278.99 mata kepada 13,702.75, Indeks Perladangan naik 74.38 mata kepada 8,162.70 manakala Indeks Perusahaan menambah 21.98 mata kepada 2,743.05.\rFTSE Bursa Malaysia Emas meningkat 141.12 mata kepada 10,489.07, Indeks FTSE Bursa Malaysia Mid 70 menambah 89.14 mata kepada 11,575.91 dan Indeks FTSE Bursa Malaysia Ace menokok 0.32 mata kepada 4,068.58.\r\n\n\n\rJumlah dagangan susut kepada 1.33 bilion saham bernilai RM1.53 bilion daripada 1.59 bilion saham bernilai RM1.16 bilion kelmarin. \rPasaran dalam lingkungan positif dengan saham untung mengatasi rugi pada 468 berbanding 327.\rPeniaga berkata, sentimen pasaran juga dirangsang oleh petunjuk positif daripada pasaran serantau selepas Wall Street naik antara 0.9 peratus dan 1.1 peratus semalaman dengan data ekonomi yang kukuh menunjukkan pengangguran di Amerika Syarikat mencecah paras terendah sejak Jun 2008.     \rBagi jumlah dagangan peneraju, Kulim-Call Warrant menokok lima sen kepada 15 sen, Mulpha naik satu sen kepada 39.5 sen manakala 1 Utopia kekal pada 6.5 sen.     \rAntara saham wajaran tinggi, Maybank menokok 26 sen kepada RM8.58, Sime Darby melonjak 20 sen kepada RM9.20 dan CIMB naik 28 sen kepada RM7.44.     \rJumlah dagangan di pasaran utama susut kepada 802.5 juta saham bernilai RM1.45 bilion daripada 929.38 juta saham bernilai RM1.07 bilion kelmarin.     \rDi Pasaran Ace, jumlah dagangan turun kepada 199.29 juta unit bernilai RM27.94 juta daripada 417.77 juta unit bernilai RM48.26 juta semalam.     \rWaran, bagaimanapun meningkat kepada 310.39 juta saham bernilai RM38.38 juta daripada 232.83 juta unit bernilai RM42.28 juta yang diniagakan sebelumnya.   \rBarangan pengguna menguasai 101.11 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 146.49 juta, pembinaan 35.44 juta, dagangan dan perkhidmatan 274.62 juta, teknologi 24.54 juta, infrastruktur 17.57 juta, kewangan 69.06 juta, hotel 2.55 juta, hartanah 66.12 juta, perladangan 38.6 juta, perlombongan 82,000, REIT 7.74 juta dan tertutup/dana 82,800. – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.048458 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list