View: 240|Reply: 0
|
Ferguson ‘tuntut’ hadiah hari lahir
[Copy link]
|
|
MANCHESTER: Bos Manchester United, Alex Ferguson berharap dapat meraikan hari jadinya ke-70 dengan bergaya – menang ke atas Blackburn pada sambutan Tahun Baru, walaupun lawannya itu menunjukkan kemampuan sebenar mereka ketika mengekang Liverpool 1-1 Isnin lalu.Bagaimanapun untuk Blackburn mengulangi kejayaan sama di Old Trafford ke atas United – yang menang tujuh daripada sembilan perlawanan liga musim ini – tampak sukar, terutama dengan skuad penyandang juara itu sudah meledak 16 gol dalam empat kemenangan berturut-turut sejak tersingkir daripada Liga Juara-Juara.\n\n\n\n “Kami mara hingga ke final (Liga Juara-Juara) tahun lalu dan tersingkir pada peringkat awal tahun ini cukup memeritkan,” kata pemain sayap United, Antonio Valencia. \n\n\n\n\n “Tetapi kami menggunakan keperitan itu. Pasukan ini kini bekerja lebih keras ketika latihan dan kami menghadapi perlawanan dengan lebih fokus dan yakin untuk menang.”Persembahan cemerlang United kebelakangan ini hadir walaupun skuadnya dibelenggu masalah kecederaan yang menyebabkan kesemua empat pemain tengah dan tiga tonggak perancang utama terpaksa direhatkan.Dalam kemenangan 5-0 ke atas Wigan Isnin lalu, pemain tengah, Michael Carrick dan bek kiri Patrice Evra bermain sebagai bek tengah, Valencia di posisi bek kanan dan penyerang, Wayne Rooney beroperasi di bahagian tengah. “Ia mula menyakitkan hati,” kata Evra mengenai senarai kecederaan yang semakin bertambah. – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|