|
BUAT julung kali gelanggang perlawanan akhir pertandingan bola sepak Piala Emas Raja-Raja yang akan menemukan Pahang dan Melaka pada edisi ke-71 bakal diadakan di luar ibu negeri apabila Stadium Perbandaran Temerloh di Pahang menjadi pilihan bagi edisi kali ini.\rPresiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya sebelum ini bercadang mahu melangsungkan final Piala Emas Raja-Raja esok namun selepas berbincang ia dipindah ke 1 Januari ini.\r\n\n\n\n\r “Pemilihan stadium ini sudah menjadi hasrat kami mengadakan perlawanan akhir dan gelanggang ini dianggap sesuai kerana sudah lulus untuk digunakan pada sebelah malam. Pahang dan kelab Shahzan Muda yang turut memilih menggunakan stadium itu,” katanya ketika ditemui di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.\r\r\n\n\n\n\n Pada edisi lalu, Kelantan muncul juara buat kali ke-13 menundukkan Kedah 4-3 menerusi sepakan penalti di Stadium Sultan Muhammed IV.\r“Kami juga bersetuju menaikkan jumlah wang tunai kepada pemenang di mana juara akan membawa pulang RM45,000 berbanding hanya RM30,000 sebelum ini. Hadiah kepada naib juara RM15,000 juga turut akan dinaikkan menjadi RM30,000,” katanya.\rSementara itu, Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Melayu Pahang, Anwar Awad mahu menjadikan peluang beraksi di tempat sendiri ini dapat diterjemahkan dengan kemenangan oleh pemainnya.\r“Kita berbesar hati apabila Pahang dipilih sebagai tuan rumah dan saya rasa ia satu penghormatan yang baik. InsyaAllah pada kali ini Pahang yang turut diperkuatkan oleh empat pemain Liga Malaysia dapat membuat persiapan rapi dan berharap kita mampu untuk menjadi juara,” katanya.\r\n\n\n\rJadual: AHAD\rFinal Piala Emas Raja-Raja\rPAHANG mln MELAKA\r(Std Majlis Perbandaran Temerloh, 8.45 mlm)\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|