|
LONDON: Andre Villas-Boas akur harapan Chelsea memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris semakin pudar apabila pasukannya tercicir mata selepas sekadar seri 1-1 menentang Fulham, kelmarin.\rSkuad bimbingan Villas-Boas mencatat keputusan seri dalam tiga perlawanan terakhir dan pada masa sama turut seri dengan Tottenham minggu lalu, dan kegagalan menewaskan Wigan serta Fulham pasti menyebabkan kekecewaan besar kepada pasukan itu yang bercita-cita menduduki persada liga. \r\n\n\n\n\r Dan selepas melihat skuad bimbingannya berjaya mengurangkan jurang kepada tujuh mata dengan pendahulu Manchester City dua minggu lalu, Villas-Boas mengakui keputusan seri itu menyebabkan peluang pasukannya kian tipis.\r\r\n\n\n\n\n City sekadar seri di West Bromwich Albion yang menimbulkan kebimbangan pengurus itu betapa mereka akan ketinggalan 13 mata tanpa disedari. \rAston Villa akan berkunjung ke Stamford Bridge pada 31 Disember tetapi Villas-Boas mengakui dia memerlukan mata maksimum daripada dua perlawanan di gelanggang sendiri.\r“Saya fikir ia agak sukar,” kata Villas-Boas ketika ditanya mengenai peluang pasukannya untuk merapatkan jurang. “Jika kami bernasib baik, kami boleh memperoleh enam mata daripada dua perlawanan di gelanggang sendiri, dan kami masih memiliki peluang.” – AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|