CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207|Reply: 0

Muktamad

[Copy link]
Post time 24-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
FAM nasihat negeri, kelab daftar import baru April ini\r\"MEMANG tiada ruang untuk sebarang rayuan kerana semua syarat ini sudah lama ditetapkan. Tunggu sajalah pendaftaran kedua, April depan untuk ambil import baru.\"\r\n\n\n\n\rItu kenyataan jelas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad mengenai isu sembilan pemain import yang gagal melepasi syarat beraksi pada Liga Malaysia (Liga-M) 2012.\r\r\n\n\n\n\nApapun, keputusan itu tetap dianggap ‘keras’ oleh beberapa persatuan negeri dan kelab, semalam yang sebaliknya mahu membuat rayuan walaupun garis panduan sudah pun tertera jelas.\rAntara gabungan yang belum puas hati itu adalah Johor FC gara-gara kehilangan dua import dari Brazil manakala Terengganu, satu juga dari Brazil. Anehnya, Perlis pula ‘menambah keliru keadaan’ apabila mengumumkan dua pemain yang tiada langsung dalam senarai pendaftaran.\rPerkara 20 pada Garis Panduan Pengambilan Pemain Import Liga-M yang terdapat di laman web FAM sejak Oktober lalu juga menyebut andai terdapat pertikaian mengenai garis panduan ini, keputusan Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan FAM adalah muktamad.\rJusteru Azzuddin berharap ia dijadikan pengajaran buat persatuan negeri dan kelab supaya pengurusan mereka lebih teliti dan berhati-hati pada masa akan datang.\r\n\n\n\r“Syarat-syarat ini mereka sudah sedia maklum sejak kita umum untuk benarkan kemasukan pemain import, Julai lalu. Jika mereka bertindak awal sebelum tarikh tutup pendaftaran (8 Disember lalu), pasti tiada masalah.\r“Ini tarikh sudah tutup, masih nak buat rayuan. Selagi FAM tak tegas, sampai bila-bila masalah ini akan berulang,” kata Azzuddin ketika dihubungi, semalam.\rSyarat pengambilan pemain import ditetapkan FAM, jika kelab terakhir dari Amerika Latin, Afrika dan Eropah, mestilah Divisyen 1 atau 2, manakala bagi Asia, mestilah Divisyen 1.\rTujuh pemain yang gagal itu ialah Tito Fernando Da Silva Pinto, Tiago Lima Leal (Johor FC), Bianchi Parades Santiago (FELDA United), Marquen Nuquen Goncalves (N Sembilan), Helmi Loussaief (PKNS FC), Richard Offiong (Johor) dan Sergey Ivanov (Pahang).\rMenurut pencarian Internet di laman wikipedia, mereka ini hanya beraksi di Divisyen 3 hingga 6 bagi liga di Brazil, Itali, Greece dan England.\rManakala dua permohonan ditarik balik iaitu Tercio Nunes Machado (Terengganu) dan Oladimeji Mathew Talabi (NS Betaria) selepas gagal ujian perubatan kerana Hepatitis B, menjadikan hanya 26 pemain diisytihar lulus.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.354501 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list