|
Bintang City muncul pemain kedua Ivory Coast terima anugerah\rACCRA: Pemain tengah Ivory Coast dan Manchester City, Yaya Toure dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Afrika 2011, semalam.\r\n\n\n\n\r Pemain berusia 28 tahun itu berjaya mengetepikan Seydou Keita (Mali) dan Andre ‘Dede’ Ayew (Ghana) pada undian yang dijalankan Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) menerusi pilihan daripada 53 jurulatih kebangsaan ahli-ahli gabungan.\r\r\n\n\n\n\n Ketika berucap pada majlis penyampaian anugerah itu di Ghana, Toure tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada keluarganya termasuk abangnya, Kolo yang juga beraksi untuk City.\r“Anugerah ini tidak penting untuk diri saya seorang saja. Ia untuk negara saya dan juga kelab yang saya wakili. Ini satu detik besar dalam karier saya, sesuatu yang cukup menggembirakan dan bangga dapat memenanginya,” kata Toure.\rToure menjadi pemain Ivory Coast kedua berjaya membawa pulang anugerah itu selepas penyerang Chelsea, Didier Drogba memenanginya pada 2006 dan 2009.\rSelain menjaringkan gol kemenangan ketika City menewaskan Stoke 1-0 pada final Piala FA musim lalu, Toure turut membantu Ivory Coast menamatkan kempen Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika dengan rekod 100 peratus kemenangan. - Reuters\r\n\n\n\rINFO: Pemenang lalu\r2000: Patrick Mboma (Parma, Cameroon)\r2001: El Hadji Diouf (Rennes, Senegal)\r2002: El Hadji Diouf (Liverpool, Senegal)\r2003: Samuel Eto’o (Real Mallorca, Cameroon)\r2004: Samuel Eto’o (Barcelona, Cameroon)\r2005: Samuel Eto’o (Barcelona, Cameroon)\r2006: Didier Drogba (Chelsea, Ivory Coast)\r2007: Frederic Kanoute (Sevilla, Mali)\r2008: Emmanuel Adebayor (Arsenal, Togo)\r2009: Didier Drogba (Chelsea, Ivory Coast)\r2010: Samuel Eto’o (Inter Milan, Cameroon)\r2011: Yaya Toure (Man City, Ivory Coast)\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|