|
Fasa pertama kemudahan pesawat eksekutif dijangka siap tahun depan\rEXECUTIVE Jets Asia (EJA) akan membina hangar bagi pesawat eksekutif di Taman Penerbangan Senai di Senai, Johor membabitkan pelaburan RM40 juta.\r\n\n\n\n\r Ketua Eksekutifnya, Prithpal Singh, berkata hangar seluas 7,400 meter persegi yang mampu menampung dua jet bersaiz Airbus A320 dan B737 serta beberapa pesawat eksekutif lain itu akan dibina tapak seluas 0.83 hektar.\r\r\n\n\n\n\n Katanya, fasa pertama pembinaannya dijangka siap suku pertama tahun depan dengan dilengkapi ruang hangar pertama di Lapangan Terbang Senai, bengkel mengecat, kemudahan pembersihan pesawat serta peralatan membaiki pesawat.\r“Kami melihat dengan perkembangan industri di Johor, terutama kemajuan Wilayah Iskandar akan menarik lebih ramai pengguna yang menggunakan kemudahan pesawat eksekutif di rantau ini.\r“Sebelum ini, EJA beroperasi selama tujuh tahun di Lapangan Terbang Seletar, Singapura. Pembukaan hangar di Taman Penebangan Senai bukan saja memberikan kami ruang, kemudahan lebih besar untuk membaiki pesawat milik kami, tetapi juga mengembangkan industri penerbangan di rantau ini,” katanya pada majlis pecah tanah Executive Jets Asia di Senai, semalam.\rHadir sama Ketua Pegawai Operasi Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Hilmi Mohd Nasir.\r\n\n\n\rPrithpal berkata, selain membaik pulih jet milik EJA, hangar itu turut menawarkan khidmat baik pulih pesawat persendirian.\r“Ia adalah hangar yang mempunyai kemudahan untuk pesawat eksekutif mendapatkan khidmat dengan harga munasabah dan memenuhi semua jenis pesawat mengikut keperluan,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|