|
LONDON: Sir Alex Ferguson percaya Manchester United sudah melupakan kejutan tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara dan kekal di landasan untuk mempertahankan kejuaraan EPL.\rUnited merakam kemenangan 2-0 di Queens Park Rangers kelmarin, yang juga kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan liga sejak tewas mengejut di Basel yang menyaksikan barisan Ferguson terpaksa beralih arah beraksi dalam Liga Europa.\r\n\n\n\n\r Kemenangan itu juga menyaksikan mereka ketinggalan dua mata di belakang pendahulu Manchester City selepas pencabar tetangga itu menewaskan Arsenal 1-0.\r\r\n\n\n\n\n “Amat mengecewakan (tersingkir daripada Liga Juara-Juara),” kata Ferguson selepas melihat barisannya mendominasi saingan di Loftus Road.\r“Kami sentiasa berusaha untuk bangkit. Namun, kami bukan kebal. Sudah tentu, kami tidak mahu tewas dalam pertandingan besar, tetapi di dalam kelab, kami meletakkan ia sebagai hari yang lain dalam sejarah Manchester United. \r“Kami akan mendapatkannya - kami tidak akan duduk diam dan berharap mengenainya saja,” tambah Ferguson, yang menyambut ulang tahun ke-25 menduduki ‘kerusi panas’ di Old Trafford tahun ini.\r“Kami perlu lakukan sesuatu mengenainya dan saya fikir pemain sudah melakukannya.” \r\n\n\n\rKetika United akan menentang tiga pasukan bergelut - Fulham, Wigan dan Blackburn - selepas ini, Ferguson menuntut barisannya supaya mengekalkan kedudukan sebelum meningkatkan lagi prestasi dalam perlumbaan separuh kedua musim. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|