CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

Terengganu dapat ‘awang’ Brazil, Nigeria

[Copy link]
Post time 8-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Mereka berkualiti, mampu tingkat prestasi pasukan negeri: Mat Zan\rKEBUNTUAN finalis Piala Malaysia, musim lalu mendapatkan pemain import berwibawa berakhir apabila pemain Brazil dan Nigeria dipilih melengkapkan kuota untuk menyarung jersi Terengganu bagi kempen Liga Malaysia dan Piala AFC, musim depan.\r\n\n\n\n\r  Daripada 17 pemain diuji, bekas pemain import KL Plus dari Brazil, Tercio Nunes Machado, 33, dan bekas penyerang skuad remaja Olimpik Nigeria, Sibi Gwar, 24, memenuhi kriteria dicari pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).\r\r\n\n\n\n\n  “Pemilihan dua pemain import ini bukan hanya memenuhi kuota tetapi kerana mereka ada kualiti yang boleh membantu skuad musim depan.\r“Nunes yang pernah menyarung jersi kelab Arasa FC di Brazil bakal bertindak di bahagian tengah bersama Joseph Kalang Tie, Reesyafiq Alwi dan Ismail Faruqi Ashari manakala bekas pemain kelab Nigr Tornado FC di Nigeria, Sibi akan menguatkan barisan serangan bersama-sama Abdul Manaf Mamat dan Abdul Hadi Yahya.\r“Kami yakin adunan ini mampu menjadi pencabar terkuat bukan saja dalam Liga-M tetapi juga saingan Kumpulan F Piala AFC yang membabitkan Kitchee (Hong Kong), Song Lam Nghe An (Vietnam) dan kelab Singapura, Tampines Rovers,” kata pengurus Datuk Che Mat Jusoh selepas perlawanan persahabatan dengan skuad SUKMA Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.037226 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list