|
‘Nasihatnya positif tetapi saya belum buat keputusan muktamad’\rKAPTEN skuad Sukan SEA XXVI, Baddrol Bakhtiar menunjukkan minatnya untuk mencuba cabaran baru beraksi di Liga Super Indonesia (ISL) selepas mendapat nasihat daripada penyerang sensasi negara, Safee Sali.\r\n\n\n\n\r Baddrol, 23, kini masih terikat dengan Kedah sehingga hujung tahun depan, tetapi dikhabarkan cuba dipikat kelab ISL, Pelita Jaya yang juga kelab sama diwakili Safee, 27, sejak Februari lalu.\r\r\n\n\n\n\n “Boleh dikatakan nasihat yang diberi Safee kepada saya lebih berunsur positif (supaya menerima tawaran). Tapi saya sendiri buat masa ini belum membuat sebarang keputusan muktamad.\r“Lagipun kandungan tawaran itu juga belum jelas dan masih di peringkat perbincangan. Apa pun terserah kepada pasukan Kedah sama ada sedia melepaskan saya atau tidak,” kata Baddrol selepas sesi pertemuan khas antara skuad Harimau Muda dengan 40 peminat bertuah di kedai sukan Al Ikhsan, KL Festival City, Danau Kota, semalam.\rSelain Baddrol, turut hadir pada sesi anjuran Nike Malaysia itu ialah K Gurusamy, Asraruddin Putra Omar, Irfan Fazail, Muslim Ahmad, Ahmad Fakri Saarani dan mutiara baru bola sepak negara, Nazmi Faiz.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|