|
Dikurnia pingat DSM selepas bimbing skuad Sukan SEA, Olimpik\rTAHNIAH buat jurulatih skuad bawah 23 negara, Ong Kim Swee yang bakal dikurnia pingat Darjah Seri Melaka kerana jasa dan sumbangan besar mempertahankan pingat emas Sukan SEA serta membimbing skuad Olimpik ke pusingan kelayakan terakhir.\r\n\n\n\n\rJasa Kim Swee cukup besar buat negara, apa lagi untuk negeri kelahirannya, Melaka yang kebelakangan ini tidak banyak melahirkan tokoh berwibawa dalam arena bola sepak.\r\r\n\n\n\n\nKetua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengesahkan pengurniaan pingat itu, semalam menerusi pegawai medianya, Daud Awang. Namun, Ali gagal dihubungi untuk mendapatkan komen.\rApa yang menjadi persoalan, pingat kebesaran itu tidak membawa gelaran Datuk, berbeza dengan Darjah Mulia Seri Melaka yang dikurniakan kepada pelakon Bollywood - Datuk Shah Rukh Khan tiga tahun lalu.\rKim Swee ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima surat penganugerahan berkenaan tetapi enggan mengulas mengenai nilai pingat bakal diterimanya.\r“Saya bekerja ikhlas demi bola sepak negara, jika diberi penghargaan saya amat berterima kasih,” katanya.\r\n\n\n\r“Pingat dan gelaran tidak penting, keutamaan saya ialah menyempurnakan tanggungjawab diberi kepada saya sebaik mungkin.”
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|