|
Nadal pastikan Sepanyol juarai Piala Davis buat kali kelima\rSEVILLE: Rafael Nadal bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum menewaskan pemain Argentina, Juan Martin del Potro untuk memastikan Sepanyol menjuarai Piala Davis buat kali kelima, kelmarin.\r\n\n\n\n\r Beraksi di Stadium Olimpik yang sama ketika pemain nombor dua dunia itu muncul pemenang Piala Davis termuda pada 2004, Nadal menundukkan Del Potro 1-6, 6-4, 6-1, 7-6 (7/0) dalam saingan lebih empat jam untuk memberi tuan rumah mendahului 3-1 dan mahkota kejuaraan.\r\r\n\n\n\n\n “Ini adalah perlawanan penuh emosi dan saya gembira,” kata Nadal, yang mencatat kemenangan ke-20 daripada 21 perlawanan perseorangan untuk Sepanyol, tetapi tidak pernah membutirkan mata kemenangan.\rSatu-satu kekalahannya adalah kepada pemain Republik Czech, Jiri Novak dalam penampilan pertama - ketika berusia 17 tahun - pada Februari 2004.\r“Ia adalah suasana paling luar biasa pernah saya tempuhi. Penonton sangat menakjubkan. Semuanya berjalan sempurna,” kata juara Terbuka Perancis itu yang dijana semangat daripada 25,000 penonton.\r“Ia adalah perlawanan yang sukar pada set pertama, tetapi permulaan set kedua lebih penting dan pada kedudukan 1-0 dan 40-0, ia menjadi titik perubahan kepada permainan saya.\r\n\n\n\r“Delpo bermain dengan menakjubkan hari ini, terutama pukulan rendahnya, begitu sukar.”\rKejayaan itu adalah kali kelima selepas 2000, 2004, 2008 dan 2009, bermakna mereka memenangi semua lima gelaran dalam tempoh 11 tahun. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|