|
Siapa yang penah beli barangan di kedai 1 Malaysia. bole la share harga dan rasa makanan/barang yang dibeli kat cni supaya bole kita comparekan dgn harga kat pasaraya yang biasa kita beli. |
|
|
|
|
|
|
|
blum b'kesempatan lagi nak p... |
|
|
|
|
|
|
|
dah pi dah semalam...kat selandar..
buleh tahan gak murah harga nya untuk certain2 barang..
semalam beli aiskrim yg 1.5 liter = rm2.90
perasa vanilla- boleh laaa |
|
|
|
|
|
|
|
emm x penah menjejakkan kaki lagi..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# tr11
ais krim tu jenama 1malaysia ye? sedap tak rasa ais krim tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# mmeza_r
sedap gak.
takde la teruk sangat..
air juice apple pun okay jugak..harga dia RM2.99 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# tr11
air jus apple tu dlm kotak ke atau yg botol bancuh? memang harga dia murah2 ek?
sbb ptg ni ingat nak singgah kat kedai 1malaysia.
nak try beli brg keperluan cam beras, sunqick, susu so nak tau juga rasanya camner.. |
|
|
|
|
|
|
|
this is rumours x tau la betul ke tidak tpi barangan satu malaysia x ada tulis kilang or details ingredients dia so x tau brgan tu dtg dari mana ....buat dari mana , import dari mana betul ka |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# koenig
betul ke xde tulis details ingredients. sapa yg penah beli bole bg pencerahan x? |
|
|
|
|
|
|
|
kat mana ada kedai 1 malaysia ni? |
|
|
|
|
|
|
|
kat kelana jaya dan wangsa maju
lain2 tmpt sapa tau sila update. |
|
|
|
|
|
|
|
kat mana ada kedai 1 malaysia ni?
zasssssss Post at 5-12-2011 17:03
korg mau cuba E coli ker?
Pua: Pencemaran E coli susu KR1M diremehkan menteri
1:36PM Dis 4, 2011
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai didakwa cuba meremehkan pengesahan kementeriannya bahawa itu bahawa sampel susu segar dari Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) menang tercemar dengan bakteria E coli.
Ahli parlimen Petaling Jaya Utara,Tony Pua berkata Liow berbuat demikian pada sidang akhbar semalam dengan memberi penekanan bahawa 13 produk lain yang ditarik balik bukan kerana tidak selamat tetapi kerana salah label.
"Beliau dipetik dalam akhbar The Star sebagai berkata 'produk ditarik balik bukan kerana tidak mematuhi peraturan-peraturan makanan tetapi kerana pelabelan yang tidak lengkap, sambil menekankan bahawa ia bukan disebabkan oleh keselamatan makanan'.
"Malah, paling mengejutkan The Star langsung tidak menyebut penemuan E coli," kata Pua.
Penemuan E coli disahkan apabila Pua dan ahli parlimen Pantai Dalam Nurul Izzah Anwar mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan pada hari Jumaat lalu berhubung aduan mereka terhadap 13 produk yang dipasarkan oleh KR1M.
Kedua-dua mereka, sebelum ini, menimbulkan kebimbangan berhubung kualiti dan kemungkinan produk berjenama 1Malaysia berkenaan melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Antaranya membabitkan susu segar, ais krim, susu sejat, krimer manis, minyak sapi, jem buah-buahan, sos tiram, sardin dalam tin dan kari ayam.
Liow dilaporkan berkata Pua sepatutnya membawa perkara itu kepada perhatian kementerian dan bukan mendedahkannya di media kerana tindakan itu memberi peluang kepada pembekal untuk menarik balik produk-produk mereka dan menjejaskan siasatan kementeriannya.
Menjawap saranan itu, Pua berkata Liow sepatutnya mengeluarkan amaran keras atau bertindak ke atas pembekal susu dan menggesa orang ramai untuk mengembalikan produk KR1M yang telah ditarik balik itu.
"(Sebaliknya), menteri itu memilih untuk membidas saya kerana mendedahkan skandal produk makanan 1Malaysia.
"Menteri itu perlu sedar bahawa adalah menjadi tanggungjawab kementeriannya untuk menguatkuasakan keselamatan makanan dan standard kualiti produk yang dijual di kedai-kedai. Ini bukan tugas atau peranan ahli-ahli parlimen pembangkang," kata Pua.
Menurut pemimpin DAP itu, hakikat bahawa KR1M telah menjual 14 produk berkenaan untuk selama enam bulan yang lalu tanpa dikesan oleh kementerian itu membuktikan bahawa kerajaan telah gagal melaksanakan peranan mereka.
"Kalaulah tidak disebabkan pendedahan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat dan tekanan orang ramai, maka tiada tindakan akan diambil.
"Oleh itu Liow tidak sepatutnya cuba untuk meremehkan kejadian itu atau cuba untuk meletakkan kesalahan pada kami," katanya.
Bakteria E-coli boleh menghasilkan toksin yang menyebabkan cirit-birit dan dalam sesetengah kes menyebabkan kematian.
KR1M, ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, bertujuan untuk menyediakan pengguna dengan alternatif bagi membeli barangan pada harga lebih rendah dengan tujuan mengurangkan kos hidup yang semakin menghimpit rakyat. |
|
|
|
|
|
|
|
adeh, barangan runcit pun nak di politik kan juga ke?
nape barang di kedai 1malaysia saja DAP dan pakatan rakyat kacau.. nape x barangan jenama tesco, giant dan carefour yg dah lama keluar brgan jenama sendiri xsiasat? |
|
|
|
|
|
|
|
adeh, barangan runcit pun nak di politik kan juga ke?
nape barang di kedai 1malaysia saja DAP dan ...
mmeza_r Post at 5-12-2011 17:44
ini bukan isu dipolitikkan.. ini isu tanggung jawab kerajaan... kalau susah sangat nak pegang tangungjawab... kenapa nak jadi kerajaan... kenapa suruh rakyat undi... bertangung jawab la sikit pada rakyat yang dah mengundi anda! |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahaha malanglah TT...niat nak survey2 harga.....sure Thread ni akan dipunuhi politaik... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 17# AbukRokok
ntah derang ni.. nak kata bangang kan marah pulak..ni bod makanan sah2 la tanya pasal makanan.. kalau dah nak berpolitik gi la kat bod politik. harap mod ambik tindakan kepada post yg xberkenan makanan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|