aku ade kenal sorang kawan ni.... dia org pakistan la... berniaga kat sini... jual perabut tapi bapak dia ade kedai kapet kat nilai 3, perabot dalam rumah aku tu 90% dari kedai dia...so selalu la aku ulang alik kat kedai dia usha barang smp dia kenal sangat muka aku, pastu aku rajin gak borak2 ngan dia... dan semalam aku ade borak2 pasal negara dia(Pakistan) tapi ape yg dia cakap masih menjadi persoalan aku...
aku masih tak berapa yakin dgn cite dia ni.. nak mintak tolong la kengkawan kat sini kalo kalo ade yg pernah gi Pakistan... nak tau sikit sebanyak cerita kat sane... aman ke? takut perang sana sini.... selamat ke kalo aku gi sane? cantik ke? ape tempat yg menarik kat sane... aku cari blog percutian ke pakistan tapi cam tak de je...
so same2 la kite kongsi cerita pasal kehidupan org kat pakistan ni... sbb pakistan ni mcm tak terdedah sangat ngan dunia luar... tak mcm turki....
aku ade kenal sorang kawan ni.... dia org pakistan la... berniaga kat sini... jual perabut tapi bapa ...
akughl Post at 5-12-2011 11:20 AM
oooih...pakistan sangat menarik sebenarnya, takda la gawat politic sangat tapi kena waspada la jugak.....banyak tourist destination kat Pakistan tu, mat salleh je biasa pergi.....Lahore ada banyak warisan bangunan dari empayar raja-raja Mughal, Peshawar dgn kota lama dan budaya Afghan n destination perlancongan yang paling terkenal di Pakistan ialah sebelah utaranya, Hunza Valley dan Karakoram Highway - lebuhraya yg tertinggi di dunia yg menghubung antara Pakistan dgn China menembusi banjaran Karakoram. Kalau dapat travel sepanjang Karakoram Highway bermula dari Islamabad di Pakistan sampai ke Kashgar di China memang pengalaman seumur hidup! kalau taknak merentas border pun takpa, kat lembah Hunza tu pun dah cukup tarikan alam semulajadi yg mengkagumkan, suasana berwarna warni di musim bunga, suasana menghijau dan dingin di musim panas dan suasana penuh kemerahan di musim gugur.....Bahagian utara pakistan dikatakan paling selamat dan orang2 nya sangat peramah.
Kalau ke kedai buku, cuba cari Lonely Planet Pakistan & Karakoram Highway, boleh belek2 tengok gambar n highlight destinasi perlancongan di Pakistan
tgk gambo pon dh teruja. hehe...tp takut gak, kat lahore salu gak bom2 nih...apa2 pon ajal maut di tangan tuhan....sapa2 yg dah pegi pls report.....bole tumpang pengalaman
ko nak gi ke melor??
Pakistan ni, aku dapat bayangkan dua laluan je....satu: focus pada destination sepanjang Grand Trunk Road, dua: focus pada destination sepanjang Karakoram Highway saja. Nak buat kedua2 mcm tak sempat kalau masa pendek. Tak banyak sangat lagi aku baca pasal Pakistan so nak design travel route mcm susah gak.
Grand Trunk Road ni merupakan 'main road' yang tertua di Asia selatan yg menghubung antara belah timur dan barat sub-benua India. Kedua hujung GT Road ni adalah Kolata di timur India (ada info cakap extend to Dhaka di Bangledesh) dan Kabul di Afghanistan. Kalau mulakan trip dari Kolkata, GT Road akan lalu kota2 penting sepanjang India mcm Varanasi, Agra, Delhi then menyeberang sempadan di Wagah, lalu sambung ke Lahore, Rawalpindi (sebelah Islamabad) dan Peshawar sebelum seberang Khyber Pass utk stop di Kabul.
so kalau nak travel ikut GT road ni boleh mula dari Delhi sbb dekat Wagah tu ada upacara harian penutupan pintu pagar sempadan dua negara yg pelik dan unik, malah jadi antara tarikan pelancongan utama di sempadan India-Pakistan. Event ni dibuat setiap petang setiap hari. Tengok video bawah:-
Then melepasi Wagah, destinasi adalah Lahore terus ke Peshawar via Rawalpindi then patah balik ke Rawalpindi/Islamabad sebelum ambik flight balik. Lahore dan Peshawar ni antara kota2 penting dengan sejarah yg panjang. Lahore merupakan major cultural centre of Pakistan dan pernah menjadi pusat pentadbiran empayar raja-raja Munghal bermula abad ke-16. Shah Jehan yg bina Taj Mahal di Agra andalah antara raja2 Mughal, so senibina dinasti Munghal yg ada di Delhi dan Agra juga banyak di Lahore. Kalau nak kira pasal ancaman bom, kat Srinagar di Kashmir juga ada kes bom, tapi masih kekal menjadi destinasi perlancongan.
Option yg lain ialah menikmati keindahan alam semulajadi di utara Pakistan, tepatnya dia wilayah Gigit-Baltistan dimana dikatakan daerah paling aman.
Kedudukan wilayah Gilgit Baltistan kalau tengok dalam google map dgn mode terrain, dia dah masuk dalam area banjaran Karakoram....bergunung-ganang.....dan jalan utama ke sini ialah Karakoram Highway (KKH).
Destination yg patut disinggah sepanjang KKH dalam wilayah Gilgit-Baltistan ni ialah:-
Chilas - utk ke Fairy Meadows dgn bakground gunung Nanga Parbat
Gilgit town
Karimabad - utk tengok panorama Hunza Valley dan puncak gunung Rakaposhi
Passu - untuk tengok passu cones
Btw, kalau lalu KKH ni mcm tak berbaloi pulak nak patah balik ke selatan, sebaiknya terus saja menuju ke utara sampai ke sempadan Pakistan-China di Khujerab Pass dimana KKH berada pada ketinggian lebih 5000m menjadikan ia lebuhraya tertinggi di dunia, dan terus masuk ke Tashkurgan, bermalam dalam Yurt di Karakul Lake dgn permandangan puncak gunung Muztagh Ata, dan sambung trip sampai ke Kashgar yg merupakan antara destinasi laluan sutera di China.
KKH trip mungkin perlukan waktu sekitar 2 minggu atau lebih (rough estimate je ni), satu lagi kena consider ialah semua tarikan alam semulajadi tu boleh nampak dari KKH atau kena trekking keluar jauh dari KKH, sekiranya kena trekking mungkin akan ambik masa lebih lama.
woih... naik bas express dia polis siap naik ambik gambar video setiap penumpang... ada satu kawasan padang pasir bas kena escort dengan 2 orang guard siap bawak raifal kiri kanan..
Tapi Pakistan memang ajaib.. ada kawasan padang pasir.. kawasan bandar... gunung ais.. semua musim ada kat sana..
Ada satu masjid kat pekan Lahore Masjid Badshahi usia 400 tahun zaman Raja Moghul... Salahuddin Al-Ayubi pernah datang sana.. Sebelah Masjid tu ada satu Fort/Istana lama..
woih... naik bas express dia polis siap naik ambik gambar video setiap penumpang... ada satu kawasan ...
neofim Post at 18-1-2012 09:53 AM
wah...citer skit pengalaman...padang pasir tu kat kawasan Peshawar ke? belah2 kawasan yg controlled by suku sakat tribe tu sampai kerajaan pun tak ada kuasa atas wilayah diorang.
Alamak aku dah lupa lah.. Aku pergi tahun 2004, tapi Bas Express tu aku naik kat Lahore lah.. Lalu kawsan padang pasir.. kiri kanan banyak rumah tinggal.. berlubang2 macam kena tembak..
Aku rasa bukan kat Peshawar.. Peshawar lagi Hardcore.. orang Pakistan/Afghan ni memang lelaki sungguh.. bab2 senjata dgn perang ni mmg permainan diaorang je dari kecik.. budak kecik main senapang angin tembak anjing.. huhuhu..
Pastu Masjid Sunni kalau dekat dengan Masjid Syiah mesti ada pak guard jaga dengan Pump gun time sembahyang.. takut kena ambush..
aku pergi ke pakistan tahun 2006, lahore and islamabad, aku pergi dengan family member just jalan jalan lawat classmate aku, waktu aku pergi tu, hari basant (kite flying day)
tempat aku duduk itu kawasan defence, lahore....(ada guest house kepunyaan kolej kat situ) kawasan tu kira kawasan perumahan elit, kolej tu dalam kawasan defence tu, makanan dia memang sedap, authentic, aku gi sana tiap tiap hari makan biryani ala ala drive in(makan dalam kereta) and makan airskrim, etc.
shopping dia best, tekstil murah murah, cantik cantik, aku gi anarkali bazaar and shopping....
masa aku pergi itu political situation stable...
about visa tu, aku tak ada masalah apa apa,,, because sebulan sebelum itu ... aku gi india, balik malaysia lepas tu dua minggu lepas tu aku gi pakistan, tak ada masalah apa apa.... tapi tak tahu mungkin polisi dah berubah.
kalau nak gi pak or india, sediakan duit kecil "baksheesh"(tips). kalau tak ada tips, kerja tak jalan, and it is expected from you.
Masa aku beli tiket kl-lahore, harga paling best aku dapat dalam rm 1800 return tu tahun 2006 lah...(paling murah setelah compared dgn travel agent lain, aku beli kat ms star) naik thai airways, kl transit ke bangkok then to lahore.
hope tuan tanah dapat jalan jalan kat sana, tapi baik baik ya, org negara ini terkenal dengan putar alamnya, walaupun ada jugak yang baik.
Nak makan apa apa, sebelum bayar , check dulu bill....., kalau tuan tanah perempuan, dengan lelaki jangan ramah sangat, because takut disalah anggap plak, culturenya agak konservatif walau pun pakistan juga sedang mengalami proses kemodenan.
hope tuan tanah dapat jalan jalan kat sana, tapi baik baik ya, org negara ini terkenal dengan putar alamnya, walaupun ada jugak yang baik.
farahsultan Post at 22-1-2012 07:24 PM
jadi warga2 yg suka putar alam kat Pakistan ni mcm kat India jugak lah ya?
Baik sikit kot dari India.. Kalau kat India keluar airport shj dah start orang nak menipu....
Aku pergi tahun 2004 crossed border Amritsar.. dulu2 boleh masuk Pakistan dari sempadan India.. sekarang rasanya agak susah..
P/S: seriouslly aku suka lagi negara kita.. negara Malaysia compare to third world country yang lain2.. masih lagi tahap selamat banding dgn negara2 luar... second negara selamat aku rasa thailand sebab tak da ulat2 yg suka menggangu waktu travel..