|
Udinese, Juventus mampu pintas kembali jika menang ke atas Inter, Cesena hari iniROME: AC Milan melonjak ke tangga teratas Serie A buat kali pertama musim ini selepas menang 2-0 ke atas barisan 10 pemain Genoa, awal pagi semalam.\n\n\n\n Kedudukan itu mungkin tidak bertahan lama andai Udinese atau Juventus menewaskan lawan masing-masing, Inter Milan dan Cesena, namun ia pasti satu amaran awal daripada Milan yang kini mencatat tujuh kemenangan dan sekali seri dalam lapan aksi terakhir.\n\n\n\n\n\n Zlatan Ibrahimovic menyempurnakan sepakan penalti untuk gol pertama Milan pada minit ke-56 selepas Kakha Kaladze menjatuhkannya, sekali gus menyebabkan bekas pemain Milan itu dibuang padang akibat kad kuning kedua.Antonio Nocerino meledak gol kedua Milan pada minit ke-79.Namun Ibrahimovic enggan menganggap kemenangan itu sebagai petanda mereka sudah bersedia mengetepikan pesaing lain.“Pada babak pertama, kami memiliki tiga peluang yang sepatutnya menghasilkan gol. Tapi babak kedua, kami melakukan lebih baik dengan dua gol. Itu petanda baik buat kami kerana beraksi dengan yakin di tempat lawan.\n\n\n\n“Kami menguasai permainan dan menjaringkan gol. Biarlah pesaing lain buat kerja mereka dan kami buat kerja kami,” kata Ibrahimovic.Sementara itu, jurulatih Genoa, Alberto Malesani berasakan ketiadaan penjaring utama Rodrigo Palacio yang digantung, mengubah suasana perlawanan.“Kami terasa kehilangan Palacio. Kami cuba bermain secara serangan balas tetapi mungkin kami bermain terlalu bertahan. Ketika kami mula meningkatkan permainan, kami terpaksa beraksi 10 pemain dan memberi sepakan penalti kepada lawan.“Kami sudah mencuba tetapi secara jujurnya Milan lebih baik,” kata Malesani. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|