|
TANPA memberi peluang, Hafiz Hashim menumbangkan pemain Jepun, Kenichi Tago untuk meneruskan cabaran selaku pemain tunggal negara mara ke separuh akhir Terbuka Macau.\rBiarpun tewas dalam dua pertemuan sebelum ini, juara Seluruh England 2003 itu cemerlang menundukkan lawan yang diletakkan sebagai pilihan kelapan 21-14, 21-19 dalam tempoh 43 minit, semalam.\r\n\n\n\n\r Hafiz yang kini menduduki ranking ke-38 dunia, menundukkan Tago yang berada di ranking ke-12 selepas kali terakhir pertemuan di Siri Super Jepun, tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\n Selepas mengharungi tahun sukar, kejayaan di Terbuka Macau memberikan pemain KLRC itu peluang untuk ke final tetapi perlu menundukkan Lee Hyun-Il yang menewaskan Taufik Hidayat 12-21, 21-15, 21-17 malam tadi.\rBegitupun, kedua-dua pasangan beregu negara kandas di suku akhir dengan beregu lelaki, Mohd Lutfi Zaim Abdul Khalid-Vountas Indra Mawan tunduk kepada pilihan utama, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan 21-6, 22-24, 21-14. \rBeregu wanita, Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei turut kecundang kepada pasangan Korea Selatan, Eom Hye Won-Jang Ye Na 21-12, 22-20 biarpun pernah menang dalam dua pertemuan lalu.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|